Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rakam “Desktop” PC Dengan Menggunakan Pemain VLC

Rakam “Desktop” PC Dengan Menggunakan Pemain VLC

Diterbitkan Disember 30, 2018 oleh Tips Gajet

Salah satu kelebihan pemian video VLC ialah ianya boleh digunakan untuk merakam skrin pada PC. Kepada anda  yang memerlukan perakam layar bagi tujuan tutorial dan sebagainya, tidak perlu untuk memasang aplikasi tambahan yang lain ikuti sahaja langkah berikut.

Langkah 1 : Buka aplikasi VLC pilih menu Media > Open capture device

Rakam “Desktop” PC Dengan Menggunakan Pemain VLC

Langkah 2 : Pada paparan seterusnya pilih “Desktop” pada menu Capture mode

Rakam “Desktop” PC Dengan Menggunakan Pemain VLC

Langkah 3 : Seterusnya pada sebelah tombol Play, Klik pada ikon segitiga kecil tersebut dan pilih fungsi Convert

Rakam “Desktop” PC Dengan Menggunakan Pemain VLC

Langkah 4: Pada paparan Convert, pilih jenis video MP4 pada menu Profile. sebelum klik pada tombol Start pastikan anda tetapkan terlebih dahulu Destination File sebagai lokasi simpanan bagi video yang telah siap dirakam.

Rakam “Desktop” PC Dengan Menggunakan Pemain VLC

Setelah tombol Start di tekan, maka proses rakaman akan terus bermula

Langkah 5: Setelah selesai rakaman, klik sahaja pada tombol Stop pada bahagian bar kawalan pemain. Selesai.

Rakam “Desktop” PC Dengan Menggunakan Pemain VLC

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY