Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8cx Gen 3

Qualcomm Perluas Cip Untuk Komputer Riba – Snapdragon 8cx Gen 3 Dan 7c+ Gen 3

Diterbitkan Disember 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Julai lepas, Qualcomm dilaporkan mahu menguasai pasaran komputer riba pula dengan pengenalan cip pemproses baharu. Buat makluman, mereka sebelum ini sudah pun mempunyai cip khusus untuk komputer riba serta Chromebook. Cumanya kali ini mereka mahu menawarkan prestasi jauh lebih cemerlang.

Kini, Qualcomm mengumumkan cip baharu yang bakal menguasakan komputer riba Windows berasaskan ARM menerusi Snapdragon 8cx Gen 3 dan Snapdragon 7c+ Gen 3. Satu cip adalah berkelas andalan dan satu lagi untuk lebih mampu milik.

Snapdragon 8cx Compute Block Diagram

Snapdragon 8cx Gen 3 dibina berasaskan pemproses 5nm yang mana Qualcomm mengatakan ia menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 85% untuk multi-teras berbanding terdahulu. Sementara peningkatan 60% bagi prestasi GPU.

Snapdragon 8cx Gen 3 specs

Qualcomm turut mendakwa cip ini mempunyai kemampuan jangka hayat bateri jauh lebih baik. Selain itu, dari segi rangkaian, Snapdragon 8cx Gen 3 menerima sokongan modem 5G X55, X62 atau X65 dan turut sambungan WiFi 6 dan WiFi 6E.

Tambahan lagi, ia juga menerima peningkatan kecerdasan buatan (AI) menerusi Qualcomm Spectra ISP yang menjanjikan autofokus lebih baik, auto-exposure dan auto-white balance untuk telesidang termasuk ciri audion yang dipertingkatkan.

Snapdragon 7c+ Gen 3 Compute Platform_Badge

Untuk Snapdragon 7c+ Gen 3 pula, ia dibina berasaskan pemproses 6nm yang menjanjikan peningkatan prestasi CPU 60% dan 70% GPU berbanding 7c Gen 2.

Walaupun ia disasarkan untuk komputer riba lebih mampu milik, ia tetap menyokong modem 5G dan dijangka komputer riba Windows 11 yang dilengkapi dua cip baharu ini tersedia pada separuh pertama tahun 2022.

Sumber: Siaran Akhbar Qualcomm

Baca juga:

  • Snapdragon 8 Gen 1 Diperkenal, Cip 4nm Lagi Padu Daripada Snapdragon 888

  • Ini Model Telefon Yang Pasti Guna Snapdragon 8 Gen 1

  • Microsoft Surface Go 3 Tak Semua Orang Sesuai Guna

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY