Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm laptop

Qualcomm Ingin Kuasai Pasaran Komputer Riba Dengan Cip Baharu

Diterbitkan Julai 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Sebut sahaja Qualcomm pasti yang terlintas di fikiran adalah cip Snapdragon yang menguasakan telefon pintar. Namun, selepas ini mereka mungkin ingin mencuba ‘selera’ baru.

Hal ini kerana CEO Qualcomm meluahkan hasrat bahawa mereka mahu menembusi dan ingin mendominasi pasaran komputer riba sebagai pembangun cip pemproses bagi peranti itu.

Mereka juga kini sedang memfokuskan rangkaian 5G dalam cip komputer riba dan Qualcomm juga perlu membangunkan seni bina cip baharu bagi bersaing dengan Apple.

Tambahnya lagi, buat masa sekarang cip pemproses daripada Intel dan AMD tidak mempunyai kecekapan tenaga sebaik Apple Silicon M1. Perkara ini yang mendorong Qualcomm ingin memberi fokus untuk komputer riba.

Di samping itu, sememangnya Qualcomm mempunyai cip berasaskan ARM, tetapi selepas ini mereka mahu membangunkan CPU yang jauh lebih baik. Dijangka cip baharu ini bakal dimumkan pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, awal tahun ini kita sudah pun melihat Qualcomm berjaya mengambil alih Nuvia yang mana ia adalah syarikat diasaskan bekas jurutera cip Apple.

Sumber: reuters

Foto utama: Qualcomm

Baca juga – Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab

Baca juga – Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK

Baca juga – Snapdragon 888 Plus Kini Rasmi Diumumkan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY