Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_001 (2)

ZTE Perkenal Peranti Android Pertama Sokong Fungsi Seperti MagSafe

Diterbitkan Mac 1, 2022 oleh Faiz Munir

ZTE telah memperkenalkan Nubia Z40 Pro di China. Walaupun ZTE Nubia ini tidak popular seperti jenama telefon pintar lain tetapi siri model kali ini boleh dikatakan ia setanding dengan peranti andalan dari Samsung, OPPO dan Oneplus.

Hadir dengan skrin 6.67 inci AMOLED resolusi FHD dengan kadar segar semula 144Hz. Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan akan mempunyai beberapa varian dengan 8/12/16GB RAM dan 128GB/256GB/512GB/1TB storan.

gsmarena_003 (1)

Rekaan pada bahagian kameranya juga agak menarik. Dilengkapi dengan 3 lensa kamera iaitu 64MP sensor SONY IMX787 terbaharu daripada Sony dengan penstabilan imej optikal (OIS), 50MP lensa ultra lebar dan lensa ketiga adalah 8MP untuk 5x zum optikal. Lensa swafoto yang digunakan pula adalah 16MP.

Dalam masa yang sama, ZTE juga akan melancarkan 1 produk versi istimewa (special version) iaitu Gravity Edition yang mana ia mempunyai fungsi pengecasan wayarles magnetik.

ZTE Perkenal Peranti Android Pertama Sokong Fungsi Seperti MagSafe

Nubia Z40 Gravity Edition  akan menjadi peranti Android pertama yang mampunyai fungsi seperti MagSafe. Dengan bateri sebesar 4,600mAh, ia mampu menyokong pengecasan sehingga 66W.

Bagi Nubia Z40 Pro pula, bateri yang dipasangkan adalah lebih besar iaitu 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan 80W.

Sistem yang dijalankan pula adalah MyOS 12 yang berasaskan Android 12. Harga jualan Nubia Z40 Pro ini bermula CNY3,399 (~RM2259) untuk varian paling rendah dan Gravity Edition mula dijual dengan harga CYN4,299 (~RM2858). Buat masa ini, masih tidak pasti sama ada peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran global ataupun tidak.

Sumber: Android Planet

Baca juga:

  • Snapdragon Pun Ada X70, Modem 5G Yang Sokong Semua Jalur Frekuensi
  • 15 Mac Ini Mungkin Siri Xiaomi 12 Dilancar Buat Pasaran Global
  • OnePlus 10 Pro Jengah Pasaran Global Hujung Mac Bulan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY