Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sd x70

Snapdragon Pun Ada X70, Modem 5G Yang Sokong Semua Jalur Frekuensi

Diterbitkan Mac 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Qualcomm telah melancarkan modem baharu dalam acara Mobile World Congress (MWC) di Barcelona iaitu Snapdragon X70 5G Modem-RF System.

Modem 5G ini menyokong kelajuan maksimum 10 Gbps untuk muat turun dan 3.5 bagi muat naik serta dikatakan 60% lebih cekap tenaga.

Menariknya, ia merupakan modem pertama di dunia yang menyokong semua jalur komersial 5G iaitu dari 0.6 Ghz sehingga 41 Ghz lantas menyelesaikan masalah peranti yang tidak menyokong sesetengah jalur di negara tertentu.

Qualcomm Snapdragon X70 Modem Official

Menjadi modem 5G pertama dengan teknologi AI, ia juga hadir dengan prestasi yang lebih baik untuk kelajuan 5G, liputan, kadar pendaman serta kecekapan kuasa untuk kedua jalur 6Ghz dan mmWave.

Modem ini dijangka akan dipasang pada peranti yang dilancarkan hujung tahun 2022 kelak.  Untuk maklumat terperinci, ia boleh didapati di laman sesawang Qualcomm.

Baca juga:

  • Carl Pei Mengacah Telefon Nothing Yang Dikuasakan Snapdragon
  • Antutu Benchmark – Skor Dimensity 8000 Kalahkan Snapdragon 888
  • 15 Mac Ini Mungkin Siri Xiaomi 12 Dilancar Buat Pasaran Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY