Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Snapdragon Insiders

Qualcomm Perkenal Snapdragon Insiders

Diterbitkan Mac 2, 2021 ยท Dikemas kini Mac 2, 2021 oleh Amalina Athman

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan Snapdragon Insiders iaitu sebuah komuniti untuk penggemar teknologi. Melaluinya, pengguna boleh menjadi yang terawal untuk meraikan, melibatkan diri atau mengetahui apa yang terkini ditawarkan oleh Snapdragon.

Menurut Qualcomm, matlamat kewujudan Snapdragon Insiders adalah utnuk menyatukan komuniti yang menggemari produk Snapdragon.

Selain itu, komuniti Snapdragon Insiders akan menjadi antara yang pertama mendapat berita dan pengumuman mengenai peranti dengan janaan cip Snapdragon. Mereka juga akan mendapat akses kepada interaksi kumpulan kecil dengan pencipta kandungan (content creators) dan pakar Qualcomm.

Setiap bulan, Qualcomm juga akan berkongsi maklumat dan peluang interaktif mengenai topik seperti permainan mudah alih, fotografi, kecergasan, dan audio.

Untuk menyertai komuniti Snapdragon Insiders, pengguna boleh melanggan buletin melalui SnapdragonInsiders.com atau mengikuti saluran media sosial melalui Twitter, Instagram dan Youtube.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY