Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ByteDance Rancang Labur RM10 Bilion, Jadikan Malaysia Hab AI – Menteri

ByteDance Dilapor Berhentikan Lebih 500 Kakitangan Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 11, 2024 · Dikemas kini Oktober 11, 2024 oleh Amalina Athman

Pemilik TikTok, ByteDance dilapor telah memberhentikan ratusan kakitangan di Malaysia.

Memetik laporan The Malaysian Reserve, sumbernya memberitahu lebih 500 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan selepas menerima e-mel daripada syarikat itu.

Di Threads, sumber tidak rasmi mendedahkan bahawa semua pekerja yang terjejas melibatkan moderator kandungan yang memantau sistem siber bukan sahaja terhad di Asia Tenggara, tetapi secara global.

Seperti kebanyakan platform media sosial lain, TikTok menggunakan gabungan sistem automatik kecerdasan buatan (AI)  dan manusia (human moderator) untuk menapis atau memantau kandungan pada platformnya.

Moderator manusia memainkan peranan penting dalam menyelia sistem AI, satu proses yang dipanggil “pembelajaran diselia”, di mana AI belajar untuk meningkatkan ketepatan melalui maklum balas.

Berbalik kepada konteks, ia bukanlah kali pertama ByteDance mengurangkan pekerja di Asia Tenggara. Pada Jun, Bloomberg melaporkan ByteDance telah memberhentikan 450 pekerja di Indonesia selepas mengambil alih Tokopedia dan menggabungkannya dengan operasi TikTok.

Bagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada ByteDance berhubung pemberhentian kakitangan di Malaysia.

Berkaitan

  • ByteDance Rancang Labur RM10 Bilion, Jadikan Malaysia Hab AI - Menteri
  • TikTok Shop Naikkan Yuran Komisen Dan Transaksi Bermula 5 September
  • ByteDance Rancang Bangunkan Model AI Guna Cip Huawei
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: The Malaysian Reserve

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY