Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Black Myth Wukong

BYD Bekerjasama Dengan ‘Black Myth: Wukong’ Untuk Tingkatkan Pemasaran

Diterbitkan Oktober 23, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2024 oleh ariff bukhari

Pada 20 Oktober, BYD mengumumkan kerjasama strategik global dengan Black Myth: Wukong, menjadi rakan eksklusif jenama automotif permainan tersebut.

Secara global, BYD telah menjadi penjual kenderaan tenaga baharu (NEV) terbesar, dengan kehadiran di lebih 95 negara dan lebih 400 bandar.

Black Myth: Wukong, yang dianggap sebagai permainan AAA pertama China yang mengambil masa lebih 6 tahun pembangunannya, mencatat jualan lebih satu juta dalam masa sejam selepas dilancarkan, dan mencapai jualan global 10 juta dalam masa tiga hari, dengan lebih 3 juta pemain serentak di semua platform.

BYD Black Myth Wukong 1

BYD dalam kenyatannya menyatakan bahawa mereka dan Black Myth: Wukong berkongsi perjalanan dengan penuh ketabahan yang serupa.

Kedua-duanya telah berkembang daripada permulaan yang sederhana untuk menjadi peneraju industri, kejayaan yang dicapai kini berakar umbi dalam komitmen mereka terhadap kemajuan teknologi.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini juga, BYD dan Game Science, pembangun Black Myth: Wukong, bersetuju bekerjasama dalam inisiatif “Perlindungan Relik dan Khazanah Negara China“.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Permainan Black Myth: Wukong Dilapor Catat Keuntungan Besar
  • MPV BYD M6 Dilancar, Harga Dari RM109,800

Sumber: BYD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY