PUBG Mobile Akan Kesan Penipuan Dalam Permainan Lebih Pantas

Setelah dibawa masuk ke platform mudah alih, PUBG Mobile menjadi fenomena bagi penggemar permainan mudah alih telefon pintar. Seiringan dengan bertambahnya jumlah pemain, PUBG Mobile juga tidak terlepas daripada masalah penipuan seperti kebanyakan permainan dalam talian yang lain.

Kini, bagi membendung masalah tersebut dari terus menular dan merosakkan pengalaman permainan pengguna, satu sistem anti penipuan telah dihadirkan oleh Tencent. Ia dikatakan lebih baik daripada sistem sedia ada yang gagal menyelesaikan masalah penipuan yang kian berlarutan.

Menerusi sistem terbaru itu, pihak pembangun mempunyai keupayaan mengenalpasti pemain yang menggunakan perisian penipuan serta lebih pantas mengesannya. Pengesanan dibuat secara masa nyata (real time) dan ia juga dikatakan mampu menyekat penipu tersebut sekalipun permainan sedang berlangsung.

Sistem ini diperkuatkan lagi dengan kaedah pemerhatian yang dilakukan oleh pasukan yang dikhususkan untuk mengesan penipuan didalam permainan, selain turut membuat penilaian terhadapa laporan yang diterima daripada pemain lain.

Dengan kehadiran sistem ini, kita boleh melihat Tencent cuba berusaha keras mengembalikan pengalaman menyeronokkan kepada pemain yang semakin lama semakin beralih angin kepada Call of Duty Mobile.

Sumber: Phone Arena