Syarikat dari China itu memasarkan telefon pintar dengan 3 jenama yang berbeza;
Lenovo
Moto (dahulunya Motorola)
Zuk Mobile
ZUK Mobile merupakan jenama yang baru berusia dalam lingkungan 2 tahun dimana ia pertama kali diperkenalkan pada Mei 2015.
Walaupun begitu, berdasarkan khabar angin yang diperolehi dari laman Phone Arena, anak syarikat Lenovo tersebut bakal ditutup.
Memetik dari perbualan pada platform sosial media China, Weibo, model ZUK Z3 tidak akan hadir di pasaran disebabkan penutupan anak syarikat berkenaan oleh Lenovo.
Penutupan ini dilihat bukan disebabkan masalah kewangan tetapi lebih kepada strategi Lenovo yang ingin menyatukan jenama mereka supaya mampu bersaing dengan pengeluar telefon pintar yang lain.
Jenama ZUK diterima baik oleh pengguna telefon pintar lebih-lebih lagi dipasaran Tanah Besar itu sendiri.
Walaupun baru berusia sekitar 2 tahun, ZUK telah berjaya mengeluarkan 5 buah peranti;
Apapun kita perlu kenyataan rasmi dari Lenovo tentang penutupan jenama ZUK ini.
Sumber: Phone Arena
Berkaitan
- Pemilik iPhone 5 Mesti Kemaskini Peranti Untuk Terus Gunakan App Store, iCloud Dan Aplikasi Lain
- Aplikasi Tudder - "Tinder" Untuk Lembu
- Huawei Nova 6 5G Mungkin Membawakan Spesifikasi Berikut
- CFM: Pakej Keluarga Malaysia Kelirukan Pengguna
- Sistem Tempahan AirAsia Bakal Tergendala, Beri Ruang Kerja Naik Taraf
- Data Percuma 1GB Sehingga Hujung Tahun Bukan Untuk Media Sosial Dan Permainan
- The Stratolaunch - Pesawat Terbesar Di Dunia
- Ini Mungkin Rupa Bentuk Sebenar Huawei Nova 6
- Aktiviti Penggambaran Termasuk Media Sosial Perlu Dapatkan Lesen Finas
- Honor V9 Tampil Dengan RAM 6GB Dan Bateri 3900 mAh, Akan Diperkenal 21 Februari Ini