Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Puas Hati Atau Tidak Dengan Kelajuan Internet? Luahkannya Dengan Undi Anda Di Sini

Puas Hati Atau Tidak Dengan Kelajuan Internet? Luahkannya Dengan Undi Anda Di Sini

Diterbitkan Julai 22, 2018 · Dikemas kini Julai 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

Kelajuan sambungan internet di Malaysia tidaklah begitu baik dan tidak sepadan dengan angka bulanan yang dibayar kepada pihak penyedia rangkaian sepertimana yang dilaporkan oleh  The World Bank: Malaysia Economic Monitor.

Walaupun beberapa pengumuman serta tawaran naik taraf rangkaian telah dibuat tempoh hari, masih ada keluhan dari sebahagian pengguna internet di Malaysia dan ada yang merasa terpinggir.

Seperti contoh pelan baru Unifi Basic yang ditawarkan lebih murah berbanding pelan Streamyx sedia ada. Sesetengah pengguna lama berasa kecewa dengan harga pelan lama yang agak mahal pada kelajuan yang tidak seberapa.

Pada waktu yang sama, pelan Unifi lain turut ditingkatkan kelajuannya sehingga 10 kali ganda, suatu perubahan besar bagi perkhidmatan ini sejak sekian lama.

Sebagai sebuah persatuan yang mewakili pengguna dan semua pihak dalam sektor komunikasi serta multimedia, CFM atau Consumer Forum Malaysia tampil mengadakan undian dalam talian.

Anda boleh luahkan sama ada berpuas hati atau sebaliknya dengan perkhidmatan internet rumah juga internet mudah alih.


Online Voting Poll diadakan untuk kaji selidik dan keputusan undian akan dibawa ke dalam perbincangan bersama pihak penyedia perkhidmatan (Telco) dan badan-badan berkepentingan yang lain.

Ditubuhkan pada 17 tahun yang lalu, SKMM menetapkan CFM sebagai platform Forum Komunikasi dan Multimedia yang melindungi hak pengguna.

Sekiranya anda mempunyai masalah yang belum selesai walaupun sudah dilapor kepada pihak penyedia perkhidmatan, anda boleh panjangkan ia ke CFM untuk nasihat dan tindakan yang selanjutnya.

Undian boleh dibuat disini – Online Voting Poll

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY