Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VOTYsmart 1 Brabus

PROTON S70 Flagship X Dan SMART #1 BRABUS Raih Anugerah Allianz VOTY 2024

Diterbitkan Mei 12, 2024 oleh ariff bukhari

Pengeluar kereta nasional, PROTON telah berjaya merangkul dua anugerah untuk 2 model terbaharunya pada majlis anugerah Allianz DSF.my Vehicle Of The Year (VOTY) 2024 yang telah berlangsung pada 9 Mei 2024 lalu.

Menerusi model terbaru sedan S70 Flagship X, PROTON menerima pengiktirafan pertama apabila memenangi kategori Sedan of The Year, walaupun telah dijual kurang daripada enam bulan.

Sementara itu kereta elektrik (EV) smart #1 BRABUS yang dilancarkan pada November 2023 lalu yang diedarkan oleh anak syarikat PROTON PRO-NET, telah menewaskan saingan sengit untuk memenangi anugerah Electric Crossover of The Year.

Sedan Proton S70 Flagship X berharga RM94,800 dan EV smart #1 BRABUS pula berharga RM249,000.

smart #1 brabus
Electric Crossover Of The Year – smart #1 BRABUS, direka oleh Mercedes-Benz, BEV pertama yang diperkenalkan PROTON dan merupakan pelopor kepada ketibaan lebih banyak EV pada masa hadapan termasuk model pemasangan tempatan yang mengandungi lencana Proton.
PROTON S70 Flagship X Dan SMART #1 BRABUS Raih Anugerah Allianz VOTY 2024
Sedan Of The Year – Proton S70 Flagship X, sedan serba baharu pertama yang dibangunkan bersama Geely
VOTYsmart 1 Brabus

Kenderaan yang dicalonkan dalam anugerah ini mestilah telah dilancarkan di Malaysia dalam tempoh 12-13 bulan yang lalu (sesetengah kelonggaran diberikan untuk kereta yang tidak cukup berjaya untuk penilaian tahun sebelumnya) dan tidak boleh menjadi facelift kecil setempat (kit badan, pelekat, naik taraf roda, dsb).

Semua penghakiman adalah bebas dan diundi sebelum pemenang dipilih. Pengeluar kereta tidak dimaklumkan sama ada mereka menang atau tidak sebelum acara itu.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: PROTON, DSF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY