Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara buat poster takziah

Projek ‘Takziah’ Mudahkan Poster Ucapan Dalam Beberapa Minit

Diterbitkan November 5, 2025 · Dikemas kini November 5, 2025 oleh Amalina Athman

Memberikan takziah adalah salah satu amalan sunat yang dituntut dalam Islam. Ia merupakan cara untuk menunjukkan simpati, sokongan dan doa kepada keluarga yang ditinggalkan.

Dari sudut definisi, takziah bermaksud “memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah”.

Di era digital ini, poster ucapan takziah sering dikongsi sama ada oleh ahli keluarga yang ditinggalkan atau pihak yang ingin menunjukkan sokongan.

Untuk memudahkan proses ini, seorang pengguna di Threads telah membangunkan projek ‘Takziah’, yang membolehkan pengguna menjana poster ucapan takziah dengan cepat dan mudah.

Projek ‘Takziah’ Mudahkan Poster Ucapan Dalam Beberapa Minit

Melalui projek ini, pengguna tidak perlu log masuk dan boleh menghasilkan poster secara terus.

Cara guna ‘Takziah Poster Generator’

  1. Pergi ke laman takziah.com.
  2. Klik “Mula Buat Poster Sekarang”.
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Muat turun poster yang telah siap.

Projek ‘Takziah’ Mudahkan Poster Ucapan Dalam Beberapa Minit

Dengan langkah mudah ini, poster ucapan takziah boleh dihasilkan dengan cepat sambil menzahirkan sokongan kepada keluarga yang sedang berduka.

Berkaitan

  • Mufti Perjelas Hukum Hasilkan Imej AI Orang Yang Telah Meninggal Dunia
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Mufti Perjelas Hukum Tukar Wajah Jadi Figura 3D Guna AI
  • Sistem Tracker Sumud Nusantara Pantau Kapal GSF Secara 'Real-Time' - Ini Teknologi Di Sebaliknya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY