Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hukum tukar wajah ke patung 3D guna AI

Mufti Perjelas Hukum Tukar Wajah Jadi Figura 3D Guna AI

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, tular di media sosial trend menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menukar wajah seseorang kepada imej patung atau miniatur. Melalui trend ini, pengguna boleh memuat naik gambar diri atau objek lain, dan menggunakan AI untuk mengubahnya menjadi figura 3D seperti koleksi mainan.

Trend ini mendapat perhatian ramai, namun timbul persoalan sama ada perbuatan tersebut dibolehkan menurut hukum syarak.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menukar wajah menjadi gambar patung menggunakan AI adalah harus dan dibolehkan, selagi tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan syarak.

Tindakan ini dianggap berbeza sepenuhnya dengan larangan membuat patung yang mempunyai ukiran dan bertujuan untuk disembah.

Walau bagaimanapun, keharusan ini turut disertakan dengan beberapa garis panduan, seperti berikut:

  • Gambar yang dihasilkan hanya berbentuk patung mainan atau miniatur dan tidak digunakan bagi ukiran patung sebenar.
  • Hasil imej tersebut tidak boleh menimbulkan fitnah atau syak yang menyebabkan pelakunya akan dituduh dengan tuduhan yang tidak baik.
  • Imej yang dihasilkan tidak boleh bersifat mengaibkan, mendedahkan aurat, menjatuhkan maruah dan seumpamanya.
  • Tujuan penggunaannya mestilah hanya untuk berhibur serta bukan berniat jahat seperti menjatuhkan orang lain, mencari perhatian berlebihan untuk ujub dan seumpamanya.

Kesimpulannya, selagi ia digunakan untuk tujuan yang baik, kreatif, dan dalam batas syarak, menghasilkan imej patung atau miniatur menggunakan AI adalah diharuskan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Berkaitan

  • Mufti Perjelas Hukum Hasilkan Imej AI Orang Yang Telah Meninggal Dunia
  • Hukum Cas Telefon Dalam Masjid, Ini Penjelasan Mufti
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Populariti Melonjak, Nano Banana Catat Lebih 10 Juta Pengguna Baharu Gemini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY