Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vape duti eksais

Produk Cecair Untuk Rokok Elektronik, Vape Dikenakan Cukai Mulai 1 April

Diterbitkan April 2, 2023 · Dikemas kini April 2, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Februari lalu, kerajaan telah mengumumkan cadangan untuk mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Lanjutan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil tindakan mengecualikan cecair atau gel mengandungi nikotin daripada Senarai Racun di bawah Akta Racun 1952 melalui pewartaan Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023. KKM juga akan membentangkan Rang Undang-Undang baharu untuk mengawal selia semua produk merokok.

Berkaitan

  • Belanjawan 2023: Segala Barangan Mewah Akan Dikenakan Cukai
  • SVDP 2.0 LHDN Bakal Sasar 'Tiktokers' Dan Pempengaruh Sebagai Pembayar Cukai

Selari dengan ini, Kementerian Kewangan akan melaksanakan pengenaan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape, berkuat kuasa 1 April 2023.

Duti eksais ini akan dikenakan pada kadar RM0.40 bagi setiap mililiter cecair atau gel berkenaan.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, separuh daripada hasil duti eksais akan diperuntukkan semula kepada KKM sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Daftar aktiviti pengilangan vape

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut memaklumkan pemain industri vape, khususnya pengilang tempatan yang mengeluarkan produk cecair atau gel mengandungi nikotin, diberi tempoh bermula 1 hingga 30 April 2023 untuk mendaftarkan aktiviti pengilangan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

pic.twitter.com/sIbGjRfZgU

— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) April 2, 2023

Dengan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan, ia boleh mengelakkan pengilang dikenakan kompaun atas kesalahan lewat berdaftar dan bagi memastikan pematuhan industri yang menyeluruh serta pengutipan cukai berjalan lancar menjelang Mei 2023.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
©2026 WISER.MY