Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelombong bitcoin

Elak Curi Elektrik, TNB Cadang Naikkan Tarif Khas Untuk Pelombong Bitcoin

Diterbitkan Mac 1, 2022 oleh Amsyar Latif

Aktiviti pelombongan kriptowang atau Bitcoin bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena teknologi. Cumanya, ia semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Disebabkan itu, ramai pihak yang cuba mengaut keuntungan lebih tetapi tidak mahu mengeluarkan modal. Makanya, wujudlah sindeket pelombongan kriptowang dengan mencuri elektrik di premis-premis haram.

Memetik kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datik IR Baharin Din, pihak mereka sudah mula mengesan aktiviti kecurian elektrik bagi aktiviti pelombongan haram ini sejak 2018 lagi yang melibatkan 610 kes dilaporkan.

Bahkan, kes kecurian semakin meningkat dengan 3090 kes direkodkan pada tahun lalu. Oleh itu, TNB terpaksa bekerjasama dengan pihak SPRM, PDRM serta Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membanteras kegiatan tersebut.

Jika melihat kepada operasi terbaharu, sindiket pelombong kriptowang ini akan memberi sogokan kepada pekerja TNB agar kegiatan mereka tidak dihidu pihak berkuasa.

Justeru, bagi mengekang aktiviti ini semakin melarat, TNB merancang untuk memberikan harga atau kadar tarif khusus kepada pengendali bitcoin pada masa hadapan.

Pihak TNB juga sudah mengemukakan cadangan ini kepada ST.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ST turut akan meneliti akta dan peruntukan sedia ada untuk mencegah aktiviti kecurian elektrik bagi pelombongan kriptowang.

Sumber: Utusan

Foto utama: TNB, bloomberg

Baca juga:

  • CIMB Bank Berdepan Fail Saman Sebab Beku Akaun Dan Ralat Pemprosesan

  • Disebabkan Serangan Siber, Toyota Tutup Kilang Di Jepun Hari Ini

  • Kerajaan Gesa Touch ‘n Go Turunkan Harga Pelekat RFID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY