Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Legion Y700 Lenovo

Lenovo Legion Y700, Pencabar iPad Mini 6 Dengan Harga Bawah ~RM2000

Diterbitkan Mac 1, 2022 oleh Amsyar Latif

Lenovo bukan sebuah jenama yang asing dalam penawaran tablet Android. Mereka merupakan salah satu pengeluar yang rancak melancarkannya selain Samsung.

Selain Legion Y90 yang dilancarkan, Legion Y700 pun tidak ketinggalan diperkenalkan. Tablet ini bakal menjadi pencabar terdekat buat iPad mini Gen-6.

Hal ini kerana ia didatangkan dengan skrin berukuran 8.8 inci LCD yang menyokong gamut warna 100% DCI P3. Ia juga mempunyai resolusi 2560×1600 dengan kadar segar semula 120Hz dan input sentuh 240Hz.

Legion Y700

Walaupun kecil, ia masih ditawarkan dengan bicu audio 3.5mm serta terdapat butang khusus untuk memaparkan tetingkap mod gaming.

Di dalam peranti, terbinanya Snapdragon 870 dengan padanan memori 8GB atau 12GB RAM bersama 128GB atau 256GB storan dalaman.

Antara lainnya termasuk bateri 6550mAh dengan kelajuan mengecas 45W, menjalankan ZUI13, pembesar suara yang ditala JBL, kamera 13MP utama serta 8MP swafoto.

Dijual dengan tanda harga bermula RMB2199 (~RM1460) bagi varian 8+128GB dan RMB2499 (~RM1660). Pun begitu, kebiasaannya tablet berkuasa Lenovo tidak dipasarkan di luar China.

Lenovo Legion Y700 harga

Sumber: Legion Weibo

Baca juga:

  • Lenovo Legion Y90 – Telefon Gaming Yang Hadir Dengan SSD RAID 0

  • ZTE Perkenal Peranti Android Pertama Sokong Fungsi Seperti MagSafe

  • Qualcomm Perkenal Wi-Fi 7 – Internet Lebih Pantas Dan Lebih Pintar

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY