Samsung Galaxy S21 FE baru saja dilancar dan dijual di Malaysia pada beberapa minggu lalu. Cip hasil buatan Samsung sendiri iaitu Exynos 2200 juga sudah diperkenalkan minggu lepas.
Kini, yang paling dinanti-nanti ialah Samsung Galaxy S22 yang dikatakan akan menjadi pengganti untuk siri Galaxy Note selain terus menyambung legasi siri S.
Samsung telah mengesahkan bacara Unpacked 2022 namun tidak mendedahkan tarikh terperinci. Terdahulu, kami ada berkongsi berkenaan acara ini di mana Daily Korea mendedahkan ia akan diadakan pada 8 Febuari 2022.
Tidak jauh berbeza dengan pendedahan oleh sebuah akaun di Twitter, siasatan mereka mendapati acara ini akan dilangsungkan pada 11 PM, 9 Februari waktu Malaysia.
Sebuah akaun bernama TechInsiderBlog mendedahkan kod laman web pada halaman rasmi Samsung yang secara terperinci akan menanda kalendar Google, Yahoo atau Outlook pada 9 Februari jika pengguna menekan “Add to Calendar”.
Samsung Electronics confirmed this date by adding in code to their “Unpacked 2022” website that has not been activated yet. These "add to calendar" links add the Event to your calendar, February 9th 10am EST.
Add it to Google Calendar here: https://t.co/JmobnB0NWU#unpacked2022 https://t.co/GtrdWV7cIt pic.twitter.com/atytKTa0Ov— TechInsider (@TechInsiderBlog) January 22, 2022
Akaun TechInsiderBlog ini bagaimanapun hanya mempunyai sekitar 4,000 pengikut dan bukan akaun milik Tech Insider. Ia dilihat seolah-olah cuba menunggang jenama Tech Insider dan menjadi ‘tipster’. Namun daripada bukti dilampirkan dan sumber lain yang melaporkan perkara yang sama, pendedahan ini tidak boleh diketepikan begitu saja.
Dalam pendedahan ini, tarikh lain seperti pratempahan turut ditiriskan.
Galaxy S22 Release:
Unpacked: February 9th at 10am EST
Pre-reservation: February 14th~21st.
Pre-booking open: February 21st~24th.
Release: February 25th pic.twitter.com/XkaLsbAx2I— TechInsider (@TechInsiderBlog) January 22, 2022
Tarikh-tarikh ini agak selari dengan laporan daripada beberapa sumber lain. Terdahulu, kami turut melaporkan bahawa Galaxy S22 untuk pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia akan menggunakan cip Snapdragon.
Baca juga: