Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Bangunkan Superkomputer AI Terpantas Di Dunia, Siap Sepenuhnya Pertengahan Tahun Ini

Meta Bangunkan Superkomputer AI Terpantas Di Dunia, Siap Sepenuhnya Pertengahan Tahun Ini

Diterbitkan Januari 25, 2022 oleh Meor Hasyim

Dalam satu kenyataan blog, Meta telah berkongsi bahawa mereka sedang membangunkan sebuah superkomputer AI Research SuperCluster (RSC) yang dikatakan terpantas di dunia apabila disiapkan sepenuhnya pada pertengahan tahun ini.

Superkomputer ini dibangunkan untuk membantu syarikat Meta membina model AI yang lebih baik dan pantas untuk menganalisis teks, imej, dan video bagi memastikan satu-satu kandungan itu sesuai untuk pengguna lain atau tidak.

Meta Bangunkan Superkomputer AI Terpantas Di Dunia, Siap Sepenuhnya Pertengahan Tahun Ini

Meta turut berkongsi superkomputer ini sudah pun beroperasi namun belum siap sepenuhnya. Ini adalah kerana mereka masih menguji fasa kedua RSC yang akan menambah pemprosesan grafik kepada 16,000 unit, jalur lebar storan sebanyak 16TB/s serta kapasiti sebesar 1 exabyte.

Meta Bangunkan Superkomputer AI Terpantas Di Dunia, Siap Sepenuhnya Pertengahan Tahun Ini

Pembangunan superkomputer ini juga seiring dengan masa hadapan Meta yang sedang membangunkan alam meta mereka sendiri.

Menurut jurucakap Meta, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat teknologi lain seperti Nvidia, Pure Storage, dan Penguin Computing untuk membangunkan superkomputer terpantas itu.

Sumber: Meta Platform

Baca juga:

  • OPPO Reno7 Pro Bakal Jadi Model Reno Paling Nipis, Dilancarkan 4 Februari Kelak
  • Laman Rasmi Samsung ‘Kantoikan’ Tarikh Pelancaran Galaxy S22, Khabar Angin Kuat Mengatakan Awal Februari Ini
  • Kes Mencuri Elektrik Untuk Melombong Bitcoin Meningkat 400% Di Malaysia, Rugi Lebih RM2.3 Bilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY