Kini, laman Sony Malaysia mengesahkan pra tempahan Mark II telah dibuka selama sebulan bermula hari ini sehingga 19 November 2020. Setiap pra tempahan peranti ini akan menerima pelindung skrin, sarung pelindung dan fon telinga WF-1000XM3 Wireless Noise Cancelling bernilai RM949 secara percuma.
Imbas kembali, antara ciri yang dimuatkan pada Mark II adalah skrin 4K HDR OLED bersaiz 6.5 inci, janaan cip Snapdragon 875, RAM 8GB dan 256GB storan serta slot kad microSD yang menyokong penambahan storan sehingga 1TB.
Bagi kamera, ia dilengkapi tetapan tiga lensa 12MP dengan sensor 3D iToF. Setiap lensa tersebut mempunyai lapisan anti-pantulan ZEISS dan ZEISS T*. Peranti ini hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Purple, White dan Black.
Pada masa ini, Sony menyatakan penghantaran Xperia 1 II akan bermula November. Namun, tarikh rasmi penghantaran hanya akan dimaklumkan kemudian.
Layari laman Sony Malaysia untuk membuat pra tempahan Sony Xperia 1 II.
Berkaitan
- Peralihan Pengguna iPhone Ke iOS 16 Kini Mencapai 81%
- Penduduk Kampung Kongsi 14 Bakal Nikmati Capaian Internet Lebih Baik Tidak Lama Lagi - MCMC
- Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada Tawar Pulangan Wang Sehingga 11 Kali Ganda
- HTC Desire 20 Pro Akan Dilancarkan Pada 16 Jun
- MIUI 12 Versi Global Telah Mula Dilepaskan Kepada 5 Peranti Ini
- iOS 14.4 Akan Hadir Dengan Ciri Amaran Kamera Tidak Asli Pada iPhone
- Apple Dilapor Tangguh Pembangunan iOS 18 Untuk 'Bersihkan' Pepijat
- Vivo V19 Akan Hadir Dengan Dwi-Kamera Hadapan 32MP
- Syarikat Produksi Dibenar Operasi Mulai 10 Jun, Perlu Lantik Penyelia Keselamatan Pantau SOP
- Mi 11 Ultra Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM4299