Potongan Harga Sehingga RM570* Di HONOR 11.11 Shopathon

HONOR mengumumkan bahawa penjualan 11.11 Shopathon dengan pelbagai tawaran menarik, promosi istimewa beserta hadiah percuma akan diadakan di laman jualan rasmi mereka hihonor.

Menjelang promosi 11.11 Shopathon tersebut, HONOR Malaysia mahu berkongsi kemeriahan itu lebih awal dengan  memberi peluang dengan mengadakan promosi seawal 1 November 2019.



Anda boleh mendapatkan model terkini keluaran mereka seperti HONOR 20 Series, termasuklah juga dengan produk kegemaran ramai, iaitu HONOR View20 dan HONOR 8X pada jualan tersebut dengan harga lebih murah.



Antara produk lain yang turut dijual adalah HONOR Band 5 bersama aksesori seperti HONOR FlyPods Lite, HONOR Mini Speaker dan banyak lagi barangan menarik dengan promosi menarik menanti para pelanggan.

Senarai harga jualan promosi HONOR 11.11 Shopathon:

Telefon Pintar 

  • HONOR 20 Pro - RM2,099 (Harga asal RM2,299). Hadiah percuma sebuah HONOR Powerbank 10,000mAh.

  • HONOR 20 - RM1,349 (Harga asal RM 1,699). Hadiah percuma sebuah HONOR Band 5 Sport.

  • HONOR 20 Lite - RM829 (Harga asal RM 949). Hadiah percuma sebuah HONOR Band 5 Sport.

  • HONOR View20 (8+256) - RM1,599 (Harga asal RM1,899). Hadiah percuma sebuah HONOR Body Fat Scale dan HONOR View20 Cover.

  • HONOR View20 (6+128) - RM1,299 (Harga asal RM1,499).

  • HONOR 10 - RM829 (Harga asal RM1,399). Hadiah percuma ialah HONOR Polyester Foldable Bag.

  • HONOR 8X - RM749 (Harga asal RM799). Hadiah percuma merupakan sebuah kotak hadiah HONOR 8X.




Penjejak kesihatan

  • HONOR Watch Magic (Hitam) - RM479 (Harga asal RM499)

  • HONOR Band 5 - RM111 (Harga asal RM129)


Aksesori

  • HONOR FlyPods Lite - RM299 (Harga asal RM349)

  • HONOR Mini Speaker - RM69 (Harga asal RM99)

  • HONOR Body Fat Scale - RM89 (Harga asal RM149)

  • HONOR Powerbank 10,000mAh - RM99 (Harga asal RM149)

  • HONOR SoundStone Speaker - RM99 (Harga asal RM149)

  • HONOR View20 Cover (Hitam) - RM20 (Harga asal RM59)

  • HONOR View20 Cover (Biru) - RM30 (Harga asal RM79)




Jualan Pakej

  • HONOR Band 5 + HONOR Smart Scale - RM189 (Harga asal RM298)

  • HONOR Band 5 Sport set pasangan (2 unit) - RM130 (Harga asal RM158)


Bukan ini sahaja, HONOR Malaysia turut menambah tawaran promosi ini dengan pelbagai ganjaran menarik yang lain, seperti:

  1. 50 pembeli telefon pintar harian yang terawal akan diberi pilihan untuk memilih sama ada bekas makanan atau beg sandang sebagai hadiah percuma.

  2. Dari 7 hingga 11 November, dapatkan HONOR Band 5 dengan harga RM11.11 sahaja.

  3. Putar roda sebanyak 3 kali sehari untuk berpeluang memenangi HONOR 7S, HONOR 10 Lite, HONOR Band 4 atau vaucer daripada Lazada dan Hermo.

  4. Jualan kilat bermula dari 12:00 tengah malam sehingga 11.59 malam sepanjang 7 hingga 11 November yang menawarkan pelbagai lagi hadiah tambahan yang menarik untuk dimenangi.


Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR, anda boleh layari di laman Facebook rasmi mereka di HonorMY.