Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Hadir Dengan Jam Pintar Terbaru Mereka Iaitu Zenwatch 3.

ASUS Hadir Dengan Jam Pintar Terbaru Mereka Iaitu Zenwatch 3.

Diterbitkan Ogos 31, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
ASUS Hadir Dengan Jam Pintar Terbaru Mereka Iaitu Zenwatch 3.

Dengan kebanyakkan syarikat telefon pintar berlumba lumba  dengan rekaan jam pintar seperti Xiaomi, Huawei dan lain lain, kini ASUS pula datang dengan jam pintar terbaru mereka iaitu The Zenwatch 3.

The Zenwatch 3 ini mempunyai paparan AMOLED sebesar 1.39 inci dengan resolusi 400×400 dan dapat berfungsi dengan 287 pixel seinci (ppi). Ianya lebih kurang sama dengan Huawei Watch dan sedikit tajam berbanding generasi kedua Moto 360. Ianya di bina dengan keluli tahan karat dan boleh didapati dengan beberapa pilihan warna iaitu hitam,perak dan emas ros. Ketiga tiganya mempunyai rekaan bentuk emas bulat di dalam.

Ianya menggunakan prosessor Qualcomm Snapdragon Wear 2100 dan memiliki RAM sebanyak 512 dan dipasangkan dengan memori dalaman sebanyak 4GB. Ianya mempunyai ketebalan 9.95mm dan mempunyai kapasiti bateri sebanyak 341mAh yang dapat bertahan selama 2 hari.

The Zenwatch 3 akan menawarkan rekaan sendiri menerusi aplikasi FaceDesigner. Seperti jam pintar yang lain, ianya memiliki ciri ciri yang biasa seperti fitness tracking, kadar degupan jantung, jarak larian, dan juga aktiviti bersenam yang lain. Jika dilihat, ianya adalah sebuah jam pintar biasa kerana dikatakan Zenwatch 3 ini memiliki sukatan yang tidak berapa tepat seperti langkah atau jarak perjalanan. Dari segi kualiti, ianya tidak dapat menandingi Garmin atau Fitbit.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY