Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kod 6-digit poslaju

Pos Malaysia Perkenal Sistem Kod Pengesahan 6-Digit Untuk Terima Bungkusan

Diterbitkan Februari 1, 2021 oleh Amalina Athman

Pos Malaysia Berhad kini memperkenalkan sistem baharu bagi penerimaan bungkusan yang dihantar oleh Pos Laju. Menerusi sistem baharu ini, penerima perlu membacakan kod pengesahan 6-digit yang dihantar melalui SMS kepada penghantar bungkusan tersebut.

Dengan itu, penerima tidak lagi perlu menyediakan nombor kad pengenalan atau tandatangan ketika menerima bungkusan yang dihantar.

Sistem baharu ini juga membolehkan penghantaran tanpa sentuhan dipraktikkan, bersesuaian dengan norma baharu dalam situasi semasa krisis kesihatan global.

Melalui sistem baharu ini, pengguna perkhidmatan penghantaran Pos Malaysia disarankan untuk memastikan nombor telefon yang disediakan kepada pengirim adalah betul. Ia bertujuan untuk memastikan anda menerima kod pengesahan 6-digit yang perlu disediakan kepada pihak penghantar ketika menerima bungkusan.

Sumber: Pos Malaysia Berhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY