Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pos Dan Kurier Menggunakan Teknologi Dron Mampu Direalisasikan Dalam 5 Tahun Akan Datang

Pos Dan Kurier Menggunakan Teknologi Dron Mampu Direalisasikan Dalam 5 Tahun Akan Datang

Diterbitkan Mac 7, 2019 oleh Helmi Samsuri

Seiring dengan kemudahan teknologi yang semakin bercambah, industri pos dan kurier tanah air dijangka bersedia menggunakan teknologi dron dalam masa 5 tahun lagi.

Ini adalah berdasarkan ucapan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Gobind Singh Deo kepada pemberita ketika acara penutup Pertandingan Parcel Drone 2019 hari ini.

Menurut beliau lagi, teknologi “Unmanned Aerial Vehicle” sedang galak dilaksanakan dibeberapa buah negara seperti Switzerland yang menghantar sampel atau spesimen antara klinik dan hospital

Dalam negara pula, beliau menyatakan ia boleh memenuhi keperluan menghantar bekalan ubat-ubatan ke kawasan pedalaman pada waktu kecemasan dan turut juga berguna bagi industri pertanian.

Pihak kementerian juga akan sentiasa bekerjasama dengan SKMM dalam merealisasikan perkhidmatan penghantaran bungkusan setanding dengan negara luar.

Sumber dan kredi foto: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY