Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Drone Yang Diterbangkan Tanpa Kebenaran Semasa Sukan SEA Akan Dirampas

Polis Sepanyol Akan Menggunakan Sistem Anti Dron Pada Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara 2019

Diterbitkan Jun 1, 2019 · Dikemas kini Jun 1, 2019 oleh ariff bukhari

Anda boleh kehilangan dron tersebut.

Jika anda merupakan peminat tegar pasukan bola sepak Liverpool atau Tottenham dan sudah merancang untuk menyaksikan pertembungan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Wanda Metropolitano, Sepanyol antara 2 pasukan tersebut, anda dinasihatkan supaya tidak merancang untuk membawa dron anda bersama.

Ini kerana dilaporkan, polis Sepamyol akan mengaktifkan sistem anti dron bagi mengahalang dron-dron daripada dilancarkan oleh penonton sebelum bermula dan ketika perlawanan itu berlangsung nanti.

Sistem anti dron tersebut akan dipasang berhampiran dengan sekitar stadium berkenaan.

Dijangkakan seramai 68 ribu penonton akan membanjiri stadium tersebut bagi menyaksikan perlawanan akhir itu.

Jadi sekiranya terdapat mana-mana penonton yang menerbangkan dron mereka, sistem anti dron akan “meneutralisasikan” sebarang dron yang dikesan oleh sistem tersebut.

Berdasarkan pengalaman rakan penulis yang telah kehilangan dron DJI Mavic Pro beliau ketika cuba menerbangkan dron itu ketika menghadiri menonton salah satu perlawanan bola sepak Piala Dunia di Rusia tahun lepas, beliau menjelaskan sistem anti dron bertindak pada tiga tahap amaran.

DJI Mavic Pro: Drone Berkamera Yang Boleh Dilipat
Dron DJI Mavic Pro.

Tahap pertama adalah, dron yang diterbangkan beliau apabila berada pada  ketinggian tertentu, secara tiba-tiba beliau dapati dron tersebut menyenget ke kiri dan ke kanan seolah-olah ia hilang kawalan.

Tetapi ia masih dapat dikawal dan didaratkan dengan baik.

Tahap kedua pula, apabila beliau cuba lagi menerbangkan dron tersebut kali kedua, secara tiba-tiba pada tahap ketinggian tertentu, dron nya terbang naik dan turun tidak tentu arah.

Tetapi sekali lagi dron itu masih boleh dikawal dan didaratkan.

Buat kali ketiga, rakan penulis sekali lagi telah cuba menerbangkan dron beliau itu. Walaubagaimanapun untuk kali ini, dron tersebut  tidak turun-turun. Sebaliknya ia terus terbang naik, hilang kawalan sepenuhnya serta terus hilang dari pandangan.

Ini bermakna, sistem anti dron pada peringkat awal akan memberikan amaran kepada pengguna supaya tidak menerbangkan dron mereka dan segera mendaratkan dron tersebut.

Tetapi sekiranya pengguna masih berdegil dan terus cuba menerbangkan dron mereka, sistem anti dron akan bertindak dengan mengambil alih sepenuhnya kawalan daripada penggunanya.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara  antara pasukan Liverpool vs Tottenham akan berlangsung pada jam 3.00 pagi, 2 Jun 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY