Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pokemon GO – Warga Emas 70 Tahun Buru 45 Juta Pokemon Guna 24 Telefon Berbeza

Pokemon GO – Warga Emas 70 Tahun Buru 45 Juta Pokemon Guna 24 Telefon Berbeza

Diterbitkan Mac 31, 2019 oleh Haikel Areff

Permainan video interaktif, Pokemon GO yang dibangunkan oleh Niantic menjadi sangat popular untuk beberapa ketika sejak dilancarkan pada tahun 2016.

Walaupun popularitinya dilihat semakin berkurangan kini, masih ada pemain yang kekal giat memburu Pokemon sehingga ke hari ini. Antaranya ialah seorang warga emas berusia 70 tahun dari Taiwan, Chen San-yuan.

Apa yang menakjubkan ialah Chen telah menggunakan 24 peranti berbeza dalam usahanya mengumpul Pokemon menerusi permainan tersebut. Hasilnya, kini beliau sudah memiliki lebih 45 juta Pokemon.

Pokemon GO – Warga Emas 70 Tahun Buru 45 Juta Pokemon Guna 24 Telefon Berbeza
@muumi5x15

Beliau diperkenalkan dengan Pokemon GO oleh cucunya dan sejak itu, Chen sering berbasikal dalam usaha mencari Pokemon untuk ditangkap.

Menariknya, pihak ASUS yang berasal dari Taiwan telah melantik Chen sebagai duta mereka pada Februari dan beliau kini memburu Pokemon menggunakan 20 buah ASUS Zenfone Max Pro M2.

Kira-kira setahun yang lalu, beliau menjadi tular apabila menggunakan 11 peranti berbeza untuk bermain Pokemon GO. Namun ternyata, peranti sebanyak masih belum cukup memuaskan nafsunya memburu Pokemon.

Bagaimana pula dengan anda? Berapa pula jumlah Pokemon yang telah anda tangkap? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber: NDTV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY