Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pocophone F1 Lite Tersenarai Di Laman Geekbench, Hadir Dengan Snapdragon 660 & 4GB RAM

Pocophone F1 Lite Tersenarai Di Laman Geekbench, Hadir Dengan Snapdragon 660 & 4GB RAM

Diterbitkan Mac 15, 2019 · Dikemas kini Mac 18, 2019 oleh Haikel Areff

*Kemaskini: Spesifikasi dan markah penanda aras Geekbench ini disahkan hanya rekaan dan bukannya diuji pada peranti yang didakwa sebagai Pocophone F1 Lite. Sumber: XDA-Developers

Ketika Xiaomi memperkenalkan Pocophone F1 tahun lalu, ia telah mencetus fenomena baru dalam industri telefon pintar apabila menawarkan peranti dengan cip kelas perdana pada harga sangat mampu milik.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, secara tiba-tiba peranti Pocophone F1 Lite dikesan tersenarai di laman Geekbench.

Pocophone F1 Lite Tersenarai Di Laman Geekbench, Hadir Dengan Snapdragon 660 & 4GB RAM
Geekbench

Peranti ini didakwa bakal dikuasakan dengan cip Snapdragon 660 sekaligus menjadikannya peranti kelas pertengahan.

Ia juga dikatakan akan disokong oleh memori 4GB RAM serta dijalankan menggunakan sistem operasi Android 9 Pie.

Tidak lama selepas itu, penanda aras peranti ini telah dibawa keluar dan digantikan dengan model yang menggunakan kod nama Xiaomi “Uranus” dan memperlihatkan markah yang sedikit rendah.

Screenshot 2019-03-15 at 3.28.27 PM
Geekbench

Melihat kepada apa yang ditawarkan oleh Pocophone F1, tidak mustahil versi Lite ini juga akan menjadi antara peranti kelas pertengahan yang termurah yang apabila dijual secara rasmi nanti.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi Pocophone F1 Lite berjaya diperolehi setakat ini.

 

Sumber: Phone Arena 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY