Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X3 Pro_5

POCO X3 Pro Turut Diumumkan, Harga Bermula RM999

Diterbitkan Mac 22, 2021 · Dikemas kini Mac 22, 2021 oleh Amalina Athman

Melalui pelancaran yang berlangsung pada hari ini, POCO telah mengumumkan POCO F3 untuk pasaran global. Selain itu, POCO turut mengumumkan satu lagi model iaitu POCO X3 Pro.

POCO X3 Pro_02copyyy
POCO X3 Pro_03copyy

POCO X3 Pro dilengkapi skrin bersaiz 6.67-inci LCD dengan resolusi FHD+ serta sokongan kadar segar semula 120Hz dan 240Hz input sentuhan. Panel peranti mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 6 serta sokongan HDR10.

Menguasakan POCO X3 Pro adalah cip pemproses Snapdragon 860 dengan gandingan RAM sehingga 8GB yang berasaskan LPDDR4X dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Ia turut menyokong penambahan storan sehingga 1TB melalui slot kad mikroSD.

POCO X3 Pro Malaysia

Peranti ini hadir dengan tetapan empat kamera yang terdiri daripada 48MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto didatangkan dengan sensor 20MP.

poco x3 Pro_3

Dari segi bateri, ia dimuatkan dengan kapasiti 5160mAh serta pengecas 33W melalui pengisian port USB-C. Antara lainnya adalah sokongan pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0, Wi-Fi 6, NFC, IR Blaster dan sebagainya.

POCO X3 Pro Malaysia

POCO X3 Pro menjalankan MIUI 12 berasaskan Android 11. Peranti ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Frost Blue dan Metal Bronze.

Harga jualan POCO X3 Pro

Untuk harga jualan di Malaysia, POCO X3 Pro berharga RM999 bagi 6GB+128GB dan RM1,299 untuk pilihan memori 8GB+256GB.

POCO X3 Pro Malaysia

Akan tetapi, anda boleh mendapatkannya pada harga RM899 (6GB+128GB) dan RM1,099 (8GB+256GB) pada 24 hingga 25 Mac 2021. Pembelian boleh dilakukan melalui kedai jualan rasmi Xiaomi di Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY