POCO Mengacah Kehadiran POCO F3 Baharu

POCO M4 Pro 5G bakal dilancarkan secara rasmi pada hari ini dimana peranti tersebut merupakan dalam kalangan peranti bajet untuk rakyat marhaen.

Bukan itu sahaja kerana POCO turut mengacah kehadiran POCO F3 baharu. Namun, masih belum pasti sama ada ia POCO F3 GT atau model yang dikemaskini.

Mengikut desas-desus, berkemungkinan besar POCO F3 yang baharu ini adalah penjenamaan semula daripada Redmi K40 Pro. Seperti yang diketahui, POCO F3 menggunakan spesifikasi Redmi K40.

https://twitter.com/pocoglobal/status/1457316906394918915?s=21

Jadi, sekiranya POCO F3 yang akan dilancarkan nanti berdasarkan Redmi K40 Pro, ia hanyalah peranti yang menerima sedikit naik taraf berbanding yang biasa.

Mengimbas kembali, perbezaan pada Redmi K40 Pro adalah cip pemproses Snapdragon 888 serta kamera utamanya 64MP. Lain-lain masih lagi sama.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada jam 8 malam ini.

Baca juga: