Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO F3 GT

POCO F3 GT Akhirnya Rasmi Dilancarkan, Telefon Gaming Murah

Diterbitkan Julai 23, 2021 oleh Amsyar Latif

POCO F3 GT hari ini secara rasmi dilancarkan yang mana seperti anda ketahui, ia adalah peranti dijenamakan semula dari Redmi K40 Game Edition.

Rupa luarannya sudah kelihatan ciri-ciri gaming dan ditambah lagi dengan butang fizikal pada sisi peranti seperti siri Black Shark.

Skrinnya dilengkapi paparan AMOLED 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta input sentuh 480Hz. Ia juga menyokong warna 10-bit, HDR 10+ dan gamut warna DCI-P3.

POCO F3 GT

Di dalamnya, telefon ini dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 1200, bateri 5065mAh dengan sokongan pengecasan 67W, memori sehingga 8GB RAM serta storan dalaman hingga 256GB UFS 3.1.

POCO F3 Gt

Bagi yang ingin tahu tentang kamera, telefon ini mempunyai 3 tetapan kamera dimana 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro serta kamera swafoto 16MP.

Antara lainnya adalah penarafan IP53, pembesar suara stereo Dolby Atmos, sistem penyejukan Vapour Chamber Cooling dan lain-lain. POCO F3 GT mempunyai dua pilihan warna sahaja – Predator Black dan Gunmetal Silver.

POCO F3 Gt

Harga jualan di India adalah sedikit tinggi berbanding di China dengan varian 6/128GB berharga 26999 rupee (~RM1531), 8/128GB berharga 28999 rupee (~RM1645) dan 8/256GB berharga 30999 rupee (~RM1758).

Pun begitu, POCO Malaysia belum mengumumkan apa-apa lagi berkaitan ketersediaannya buat pasaran tempatan. Namun, harganya apabila tiba di sini, mungkin tidak jauh beza.

Sumber: POCO India

Baca juga artikel berkaitan:

  • Master Lu Senaraikan Telefon Android Paling Berkuasa Setakat Separuh Pertama 2021
  • Tablet Gaming Android Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
  • Corning Umum Gorilla Glass DX/DX+, Pelindung Lensa Kamera Telefon Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY