Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Mungkin Rupa Bentuk MIUI 13

Ini Mungkin Rupa Bentuk MIUI 13

Diterbitkan November 3, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Umum mengetehaui MIUI ialah sistem yang dikeluarkan oleh Xiaomi untuk peranti di Mi, Poco dan Redmi. MIUI 12 antara yang menampilkan pembaharuan besar di mana antara mukanya sangat mirip dengan iOS.

Beberapa bulan lepas, kami telah melaporkan bahawa MIUI 13 yang dijangka dilancarkan pada Ogos tahun ini ditunda dan digantikan dengan MIUI 12.5 Enhanced Edition kerana Xiaomi ingin menyelesaikan isu pada MIUI 12 terlebih dahulu.

miui 13 rumours 1

Pun begitu, CEO Xiaomi, Lei Jun juga telah mengesahkan bahawa MIUI 13 akan dilancarkan tahun ini, mengukuhkan lagi khabar angin bahawa MIUI 13 ini akan dilepaskan hujung tahun 2021.

miui 13 rumours 2

 

MIUI 13 rumours 3Antara yang menarik dalam MIUI 13 ini adalah RAM maya , antaramuka yang baharu bersama animasi dan ‘font’ serta ikon aplikasi baharu, pilihan privasi yang lebih meluas, ‘widget’ terapung, antara muka baru untuk kamera, rekaan baru ‘always-on-display’ dan hadir berasaskan Android 12. Tidak mengejutkan jika ia masih tampak mirip seakan-akan iOS kerana ia dilaporkan diinspirasi daripada iOS 14.

Gambar: Xiaomi Review

Siri Xiaomi 12 yang akan dirasmikan kelak juga diramal hadir dengan MIUI 13 selain menjadi yang terawal menggunakan cip pemproses Snapdragon 898.

Sumber: GizChina

Baca juga:

  • CEO Xiaomi Memberi Bayangan Tarikh Pelancaran MIUI 13
  • Xiaomi Dedahkan Sebab Kenapa Ada Dua Telefon Redmi Note Tahun Ini
  • Xiaomi Dipintas Apple Semula Dalam Pengeluar Telefon Terbesar Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY