Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 Pro

PlayStation 5 Pro Kurang Sambutan, ‘Scalpers’ Beri Harga Lelong

Diterbitkan November 11, 2024 ยท Dikemas kini November 11, 2024 oleh Rushsyafizal

PlayStation 5 Pro telah pun tersedia minggu lalu di mana ia dijual pada harga RM3,849 di Malaysia. Konsol ini dilengkapi dengan peningkatan kuasa pemprosesan sebanyak 67% dan memori yang lebih laju sebanyak 28%, serta sokongan untuk lebih 50 permainan yang dioptimumkan.

Namun, faktor harga yang agak tinggi, iaitu sekitar $699.99 (~RM3,083) di Amerika Syarikat, mungkin telah mengehadkan sambutan yang diharapkan, sekali gus menjejaskan peluang scalpers untuk mengambil keuntungan dari kekurangan bekalan.

PlayStation 5 Pro Kurang Sambutan, ‘Scalpers’ Beri Harga Lelong

Pada awal pandemik COVID-19, konsol PlayStation 5 yang baru sahaja dilancarkan mengalami kekurangan stok yang ketara, dan permintaan melampaui bekalan secara drastik. Ini menyebabkan scalpers berjaya meraih keuntungan dengan menjual konsol tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga runcit (MSRP) yang dicadangkan.

Namun, untuk PS5 Pro, Sony dilihat telah mengawal bekalan dengan baik, menyebabkan konsol ini tersedia di kebanyakan peruncit, termasuk laman e-dagang seperti Newegg. Kebanyakan penjual kini terpaksa meletakkan harga lebih rendah daripada MSRP asal, dan di platform seperti eBay, konsol ini ditawarkan pada harga lelongan bermula dari $640 (~RM2,822).

Di Jepun, walaupun PS5 Pro lebih sukar didapati, ia masih boleh dibeli pada hari pelancaran tanpa tempahan. Harga jualan semula pula sedikit tinggi. Namun, selepas mengambil kira potongan 10% oleh platform Mercari dan kos penghantaran, keuntungan yang diperoleh scalpers adalah sangat sedikit atau tiada langsung.

Penurunan harga ini dijangka dapat merancakkan pembelian PlayStation 5 Pro yang dilihat telah menjadi lambakan stok.

Di Malaysia sendiri, harga PS5 Pro dilihat masih lagi terkawal tetapi ada juga beberapa individu dan kedai yang mengambil kesempatan. Perlu diingatkan, PS5 Pro tidak seperti sebelum ini kerana harganya terlalu tinggi dan disebabkan itu, pengguna PS5 sedia ada pun kurang berkeinginan untuk menaik taraf.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Siri OPPO Find X8 Bakal Dilancar Untuk Pasaran Global Minggu Depan
  • Pusat Superkomputer Barcelona Bangunkan Model AI Ramal Risiko Strok Menggunakan Jam Pintar
  • Stor vivo Kini Tersedia Di Aplikasi TNG eWallet
  • Saintis China Dakwa, Medan Magnet Yang Bantu Pengesanan Radar Semakin Lemah Di Amerika Utara

Sumber: TECHSPOT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY