Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BSC innostroke

Pusat Superkomputer Barcelona Bangunkan Model AI Ramal Risiko Strok Menggunakan Jam Pintar

Diterbitkan November 11, 2024 · Dikemas kini November 11, 2024 oleh ariff bukhari

Pusat Superkomputer Barcelona (BSC) yang merupakan Pusat superkomputer terkemuka di Sepanyol yang juga menempatkan salah sebuah superkomputer yang paling berkuasa di benua Eropah, MareNostrum telah berjaya membangunkan model kecerdasan buatan (AI) untuk meramal risiko strok.

Teknologi yang dikenali sebagai Innostroke ini menggunakan data ECG dari peranti mudah alih seperti jam tangan pintar.

Pusat Superkomputer Barcelona Bangunkan Model AI Ramal Risiko Strok Menggunakan Jam Pintar
Bangunan Pusat Superkomputer Barcelona (BSC) yang menempatkan salah sebuah superkomputer yang paling berkuasa di benua Eropah, MareNostrum.
Pusat Superkomputer Barcelona Bangunkan Model AI Ramal Risiko Strok Menggunakan Jam Pintar

Teknologi itu berdasarkan penggunaan data elektrokardiogram (ECG) yang dikumpul daripada peranti mudah alih dan menggabungkannya dengan maklumat gaya hidup melalui aplikasi mudah alih.

“Dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan termaju dan pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), kami berhasrat untuk menyediakan pemantauan risiko yang berterusan dan lebih tepat yang boleh mewakili kemajuan besar dalam pencegahan strok,” Daniele Lezzi, penyelidik BSC di jabatan Sains Komputer dan pembangun teknologi.

Projek Innostroke ini dibangunkan dengan kerjasama jabatan Sains Komputer dan Sains Hayat BSC, dengan penyertaan pelbagai profil seperti ahli bioteknologi dan jurutera komputer.

Projek ini juga turut melibatkan Hospital de Sant Pau yang  bertujuan untuk menggabungkan dimensi ketiga risiko strok, biomarker genetik dan molekul, dengan tujuan menawarkan penjagaan perubatan yang diperibadikan dan proaktif bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit.

BSC supercomputer

Baru-baru ini Menteri Digital, Gobind Singh Deo telah pun berpeluang melawat BSC.

Beliau berkata, Malaysia sedang mengintai peluang kerjasama dengan BSC yang mempunyai peranan penting aktif dalam membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Caj 1% Untuk Tambah Nilai Setel Guna Kad Kredit Bermula Disember 2024
  • PlayStation Store Malaysia Kini Ada Promosi, Diskaun Sehingga 75%

Sumber: BSC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY