PlayStation 5 Pro Dilapor Sedang Berada Dalam Fasa Pembangunan

Konsol PlayStation 5 Pro sedang berada di fasa pembangunan dan kit rekaannya akan dihantar kepada pembangun tidak lama lagi, mengikut dakwaan Tom Henderson.



Untuk pengetahuan anda, Tom Henderson adalah salah seorang pemberi maklumat yang terkemuka dalam industri ini. Berdasarkan artikel Henderson di Insider Gaming ini, beliau mendakwa PS5 Pro sememangnya sedang dibangunkan oleh Sony.

Tambah beliau lagi:
"Whilst we cannot report on any more specifics at this time, we understand that the first dev kit prototypes will be going to 1st party developers within the next couple of months, with 3rd party developers receiving them by the end of the year."

Walaupun begitu, kita kena ingat bahawa ini semua adalah dakwaan dan khabar angin semata-mata. Tetapi, Insider Gaming telah membuktikan diri mereka antara sumber yang boleh dipercayai sebelum ini.

{suggest}

PS4 Pro dilancarkan selepas 3 tahun kehadiran PS4. Manakala, PS5 pula hadir diperkenalkan pada November 2020. Oleh itu, setidak-tidaknya kita boleh menjangkakan pengumuman mengenai PS5 Pro daripada Sony pada tahun 2023 ini.

Sumber: wccftech