Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Find N2 Flip_1

Versi Android 14 Beta 1 Sudah Tersedia Untuk Telefon Pintar OPPO Ini

Diterbitkan Mei 11, 2023 · Dikemas kini Mei 10, 2023 oleh ariff bukhari

OPPO pada awal pagi tadi mengumumkan telefon lipat pertamanya – Find N2 Flip menjadi salah satu telefon pintar pertama di dunia yang menerima kemas kini Google Android 14 Beta 1 baharu.

Pembangun dan pengguna awal boleh mendapatkan versi pembangun ColorOS yang dibina berdasarkan beta pertama Android 14 bagi mencuba sendiri pelbagai ciri dan API baharu menerusi telefon lipat OPPO ini.

OPPO Find N2 Flip Android 14 Beta 1 Graphic

Peter Dohyung Lee, ketua barisan produk utama di OPPO berkata, mereka bekerjasama dengan Google bagi membawakan ciri Ucapan ke Teks ( Speech-to-Text) pada skrin muka depan Find N2 Flip.

Antara ciri baru yang diperkenalkan pada Android 14 termasuklah beberapa kemas kini bagi meningkatkan produktiviti, prestasi, privasi, keselamatan dan penyesuaian pengguna.

Ia menawarkan antara muka pengguna sistem yang lebih intuitif serta mengukuhkan privasi pengguna.

Kemas kini Android 14 Beta 1 akan tersedia untuk OPPO Find N2 Flip, yang dilancarkan secara global pada Februari 2023 lalu.

OPPO Find N2 Flip dilengkapi dengan salah satu skrin penutup terbesar seumpamanya, lipatan paling tidak kelihatan dengan Engsel Fleksi Generasi Baharu.

Find N2 Flip dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9000+ yang dipadankan bersama memori 8GB dan storan sebesar 256GB.

Ia mempunyai skrin sekunder atau skrin bahagian luar yang besar bersaiz 3.28″ dengan resolusi 382×720.

Sementara skrin utamanya menggunakan panel LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, HDR10+ dan kecerahan maksimum 1600 nits bersaiz 6.8″ (1080×2520).

OPPO Find N2 Flip dijanjikan  dengan empat kemas kini ColorOS utama dan lima tahun kemas kini keselamatan untuk pengguna global.

Versi Beta ColorOS yang dibina di sekitar Android 14 Beta 1 sudah pun tersedia sekarang.

Versi awam ColorOS berdasarkan Android 14 pula dijangka akan tersedia untuk pengguna Find N2 Flip pada lewat tahun ini juga.

Berkaitan

  • OPPO Find N2 Flip Berharga RM3999 - Dimensity 9000+, Bateri 4300mAh, Hasselblad
  • 4 Sebab HONOR Magic5 Pro Jadi Antara ‘Flagship’ Penting 2023
  • HUAWEI P60 Pro Duduki Tempat Pertama Carta DXOMARK

Sumber: Siaran Media OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY