Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
qalbox bitsmedia

Platform Penstriman Mesra Muslim, Qalbox Rasmi Di Malaysia, Boleh Diakses Melalui Muslim Pro

Diterbitkan Disember 2, 2022 · Dikemas kini Disember 2, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Qalbox, perkhidmatan penstriman (SVOD) baharu daripada Bitsmedia dilancarkan secara rasmi di Malaysia semalam.

Bitsmedia merupakan pembangun aplikasi Muslim Pro.

Platform penstriman memfokuskan pengguna Muslim ini membawakan sumber kandungan yang luas yang meraikan identiti dan budaya Muslim global.

I Am Muslim Premiere Screening qalbox
Tayangan perdana I Am Muslim terbitan Qalbox dalam acara pelancaran semalam

Qalbox boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dengan langganan 2-dalam-1.

Pengguna Malaysia boleh mendapatkan Qalbox pada harga promosi RM4.90 sebulan atau pelan langganan tahunan RM49.90/tahun untuk masa yang terhad.

Qalbox juga boleh ditonton di telefon bimbit, aplikasi web, tablet dan SMART TV Chromecasting.

Berkaitan

  • Qalbox - Penstriman Yang Meraikan Identiti Muslim Disediakan Pembangun Muslim Pro
  • Netflix Umum Pelan Beriklan, Tersedia Di 12 Negara Bermula November Ini
  • Netflix Kenalkan "Profile Transfer", Ini Cara Pindahkan Data Profil Lama Ke Akaun Baru
  • TGV Sahkan Pawagam Mereka Di Pavilion Bukit Jalil

Qalbox juga menjalankan kerjasama dengan syarikat tempatan seperti Astro, Pixel Play dan Nads Media untuk mempamerkan kandungan Asia Tenggara kepada penonton di Malaysia dan di seluruh dunia.

IAmMuslim qalbox

Menurut Qalbox, kaji selidik terhadap pengguna Muslim Pro mendedahkan bahawa 7 daripada 10 responden mendapati agak sukar untuk mengakses pelbagai sumber dan platform apabila mencari kandungan yang sesuai dengan penonton Muslim dan relevan.

Selain itu, perkhidmatan SVOD ini juga bertujuan untuk menggalakkan pencipta kandungan dan individu-individu kreatif Muslim untuk berkongsi karya mereka dengan penonton seluruh dunia. 

Sumber: Siaran Akhbar Qalbox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY