Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 5 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Ini, Dilancarkan Hujung September?

Pixel 5 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Ini, Dilancarkan Hujung September?

Diterbitkan Ogos 21, 2020 oleh Helmi Samsuri

Awal bulan ini sewaktu acara pelancaran Pixel 4a, Google juga ada mengumumkan dua buah peranti lagi iaitu Pixel 4a (5G) dan Pixel 5. Namun begitu, ia hanya memperlihatkan bahagian sisi peranti tanpa menyertakan spesifikasi lengkap mengenainya.

Terbaru, rekaan lengkap yang lebih menyeluruh telah dipertontonkan dimana ia adalah hasil perkongsian daripada @OnLeaks dengan kolaborasi bersama laman PriceBaba.

Pixel 5 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Ini, Dilancarkan Hujung September?
Pixel 5 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Ini, Dilancarkan Hujung September?
Pixel 5 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Ini, Dilancarkan Hujung September?

Melalui imej yang dikongsikan, rekaannya mirip kepada Pixel 4a tetapi dengan kemasan panel belakang yang seakan-akan bergemerlapan. Sensor pengimbas cap jari juga masih berada dibahagian tersebut.

Bagi tetapan rakaman belakang, modul petak dihuni dwi kamera, sensor dan LED flash. Jenis lensa dan sensor apa yang akan digunakan masih menjadi tanda tanya lagi.

Sisi peranti pula kelihatan hadir dengan kemasan berkilat, selari dengan imej yang dipertontonkan Google sebelum ini. Kawasan tersebut diletakkan dengan fungsi butang kuasa, pelaras kelantangan bunyi sementara sisi sebelah kiri pula ditempatkan dengan slot kad SIM.

Bawah peranti pula menempatkan port USB-C dan dwi pembesar suara. Panel paparan pula menunjukkan penggunaan rekaan berlubang pada penjuru kiri. Difahamkan saiz paparan adalah dalam lingkungan 5.7 inci ke 5.8 inci. @OnLeaks menyatakan “Pixel 5” ini akan tampil dengan dimensi 144.7 x 70.4 x 8.1mm (8.5mm termasuk bonggol kamera).

Berdasarkan khabar angin yang bertiup sebelum ini, Pixel 5 hanya dikuasakan oleh cip Snapdragon 765G, RAM 8GB, paparan OLED (90Hz), bateri 3080mAh dan menjalankan sistem operasi Android 11.

Peranti ini juga dikhabarkan akan diperkenalkan secara rasmi pada 30 September, manakala Pixel 4a (5G) pula sekitar Oktober. Adakah peranti generasi terbaru dari Google ini akan dimuatkan dengan kesemua yang telah disebutkan diatas, sama-sama kita nantikannya.

Sumber: PriceBaba

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY