Google Pixel 5 Muncul Di AI Benchmark Dengan Snapdragon 765G, RAM 8GB

Google Pixel 5 kini muncul dalam laman web penanda aras dengan cip pemproses Snapdragon 765G. Peranti ini dijangka akan dilancarkan sekitar September-November, namun nampaknya ia dilihat tidak akan menggunakan cip premium Snapdragon.

pixel 5 sd765g

Selain cip pemproses, senarai AI Benchmark memperlihatkan beberapa spesifikasi peranti dengan nama "Google Pixel 5". Ia akan dimuatkan dengan RAM 8GB serta menjalankan sistem operasi Android 11.

Dalam pada itu, penyenaraian tersebut turut menyatakan Google Pixel 5 mungkin menggunakan pemacu atau perkakasan yang tidak rasmi atau prototaip.

Buat masa ini, Google masih belum mengesahkan sebarang spesifikasi yang akan dimuatkan pada Pixel 5. Lebih banyak maklumat rasmi dijangka akan dikongsi Google pada bulan-bulan yang mendatang.

Sumber: Gadget360