Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Piala Asia Qatar 2023 Jadi Pertama Di Dunia Guna Teknologi AI Kesan Ofsaid

Piala Asia Qatar 2023 Jadi Pertama Di Dunia Guna Teknologi AI Kesan Ofsaid

Diterbitkan Disember 20, 2023 · Dikemas kini Disember 21, 2023 oleh Amal Addin

Konfederasi bola sepak Asia telah mengumumkan bahawa satu teknologi bertaraf dunia akan digunakan untuk Piala Asia Qatar 2023 iaitu sistem Semi-Automated Offside Technology (SAOT).

Dengan adanya teknologi ini, ia dapat memudahkan pegawai perlawanan untuk membuat sesuatu keputusan. Teknologi ini akan digunakan untuk kesemua 51 perlawanan Piala Asia Qatar 2023.

SAOT ini pertama kali digunakan dalam kejohanan anjuran AFC sekali gus menjadikan AFC sebagai konfederasi bola sepak pertama yang menggunakannya untuk kejohanan bola sepak.

Dengan adanya teknologi ini, diharapkan ketepatan dan integriti pegawai perlawanan dapat dipertingkatkan. SAOT juga bakal melengkapkan sistem Video Pembantu Pengadil (VAR).

Piala Asia Qatar 2023 Jadi Pertama Di Dunia Guna Teknologi AI Kesan Ofsaid

AFC berazam untuk terus menjadi peneraju dalam pengadilan dunia dengan menerima inovasi teknologi terkini. Sistem SAOT telah menjalani ujian yang selaras dengan protokol dan garis panduan FIFA serta diluluskan oleh IFAB yang membolehkannya untuk digunakan dalam kejohanan berprestij benua Asia.

Berkaitan

  • 5 Teknologi Moden Yang Digunakan Dalam Bola Sepak
  • JDT Ada Padang Hibrid Pertama Di Malaysia, Ini Kelebihan Guna Rumput Hibrid
  • JDT Pertama Di Malaysia Guna Teknologi Sama Seperti Arsenal Dan Manchester United
  • EURO 2024 Perkenal Bola Pintar Yang Mampu Kesan Ofsaid Dan 'Handball'
  • Sistem VAR Tiba Di Malaysia, Bakal Digunakan Dalam Liga M

Teknologi ini menggunakan 12 kamera khusus yang diletakkan secara strategik untuk mengesan kedudukan bola dan pemain secara tepat di atas padang.

Kamera ini dapat membantu untuk mengetahui secara terperinci kedudukan badan untuk mengesan kedudukan ofsaid dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Bagaimana SAOT berfungsi?

Apabila pemain yang dikesan ofsaid menerima bola, teknologi ini akan menghantar amaran kepada VAR. Garisan ofsaid akan ditarik secara automatik dan boleh menyemak kedudukan serta-merta daripada teknologi.

Walau bagaimanapun, keputusan muktamad tetap terletak di tangan pengadil perlawanan hasil bantuan teknologi VAR dan SAOT. Setelah proses membuat keputusan selesai, data sama yang digunakan untuk menentukan kedudukan pemain akan dijana animasi 3D.

Animasi tersebut akan ditayangkan pada skrin gergasi di stadium yang digunakan untuk kejohanan tersebut serta penyiar TV yang terlibat. Untuk pengetahuan anda, kejohanan ini akan berlangsung dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024. Ayuh sama-sama kita berikan sokongan padu kepada Harimau Malaya.

Sumber: AFC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY