FUSSBALLLIEBE merupakan bola rasmi yang akan digunakan sepanjang kejohanan EURO 2024 di Jerman. Reka bentuk bola ini alur deboss yang dipertingkatkan untuk ketepatan yang lebih tinggi dalam permainan.
Ini merupakan bola kejohanan rasmi pertama yang dihasilkan untuk kejohanan UEFA yang menggabungkan teknologi Connected Ball daripada Adidas. Teknologi tersebut membolehkan pegawai perlawanan membuat keputusan yang tepat dengan lebih pantas serta dapat mengurangkan kontroversi.
FUSSBALLLIEBE yang berasal dari perkataan ‘Dutch’ membawa maksud cinta bola sepak. Terdapat 20 keping panel PRECISIONSHELL dan alur deboss yang diletakkan secara strategik pada kulit luar bola.
Ia telah dikaji dan diuji dengan teliti sama ada di dalam makmal atau di atas padang. Tujuannya adalah untuk mengawal aliran udara ke atas bola untuk ketepatan maksimum.

Outer Shell disokong oleh CTR-CORE dalam bola. Reka bentuk FUSSBALLLIEBE mewakili pergerakan bola dan tenaga dalam permainan melalui bentuk sayap hitam yang menonjol pada bahagian tepi, lengkung dan titik berwarna-warni.
Campuran warna merah, biru, hijau dan oren digunakan pada reka bentuk bola ini. Tujuannya adalah untuk meraikan semangat yang dibawa oleh negara yang bersaing dalam kejohanan tersebut.
Ilustrasi setiap stadium kejohanan turut ditonjolkan pada bola bersama nama setiap bandar tuan rumah. Teknologi Connected Ball ini dapat menghantar data bola yang tepat kepada pegawai perlawanan yang mengendalikan video.
Teknologi ini dapat menggabungkan data kedudukan pemain dengan AI. Inovasi tersebut dapat menjadi teknologi ofsaid separa automatik UEFA dan menjadi kunci kepada penentuan keputusan dalam sesuatu perlawanan.

Bola ini dibangunkan dengan kerjasama Kinexon. Teknologi Connected Ball pada bola ini juga dapat membantu pegawai VAR mengenal pasti setiap sentuhan individu terhadap bola.
Ia mampu mengurangkan masa yang dihabiskan untuk menyelesaikan insiden bola tangan dan penalti.
Ciri pada FUSSBALLLIEBE:
– Teknologi ‘Connected Ball’ Adidas: Merupakan sistem suspensi di tengah hos bola untuk menstabilkan sensor gerakan unit ukuran inersia (IMU) 500Hz. Ia memberikan cerapan yang belum pernah terjadi sebelumnya tentang setiap elemen pergerakan bola.
– CTR-CORE: Teras bola ini mempunyai dua bahagian utama: pundi getah asli yang boleh diperbaharui dan karkas fabrik PES. Ia membolehkan permainan yang pantas dan tepat dengan kejituan dan konsistensi, serta mengekalkan bentuk dan udara dengan baik.
– PRECISIONSHELL: Merupakan lapisan poliuretana (PU) pada bola yang memiliki corak dan tekstur yang mikro dan makro serta dibentuk daripada 20 panel untuk meningkatkan aerodinamiknya.
– SUSTAINABLE BIO-BASED MATERIALS: FUSSBALLLIEBE menggunakan lebih banyak bahan berasaskan bio daripada bola adidas sebelumnya termasuk poliester kitar semula dan dakwat berasaskan air. Setiap lapisan bola mengandungi bahan seperti serat jagung, tebu, pulpa kayu, dan getah tanpa mengurangkan prestasinya.
Sama-sama kita nantikan kehangatan EURO 2024 yang akan berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024.
{suggest}
Sumber: Adidas
