Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JDT Ada Padang Hibrid Pertama Di Malaysia, Ini Kelebihan Guna Rumput Hibrid

JDT Ada Padang Hibrid Pertama Di Malaysia, Ini Kelebihan Guna Rumput Hibrid

Diterbitkan Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

Rumput hibrid adalah gabungan antara rumput tiruan dan juga rumput asli.

Padang jenis hibrid sedang dalam proses pemasangan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Selepas beberapa analisis dijalankan, rumput jenis tersebut turut akan di pasang di kesemua fasiliti milik JDT.

Johor Darul Ta’zim telah mencipta sejarah dengan menjadi kelab pertama yang menggunakan rumput jenis hibrid. Diharapkan, kelab-kelab lain di Malaysia boleh mengikut langkah JDT supaya martabat bola sepak negara akan meningkat di mata dunia.

JDT Ada Padang Hibrid Pertama Di Malaysia, Ini Kelebihan Guna Rumput Hibrid

Antara kelab di eropah yang menggunakan rumput hibrid adalah Liverpool (Anfield), Everton (Goodison Park), Inter Milan dan A.C. Milan (San Siro) serta Nou Camp (Barcelona).

JDT Ada Padang Hibrid Pertama Di Malaysia, Ini Kelebihan Guna Rumput Hibrid

Selain itu, terdapat juga stadium di Asia telah menggunakan rumput seperti di Jakarta International Stadium (Indonesia) dan di Nissan Stadium (Jepun).

JDT Ada Padang Hibrid Pertama Di Malaysia, Ini Kelebihan Guna Rumput Hibrid

Kaedah penanaman rumput hibrid adalah rumput asli ditanam secara berselang-seli dengan rumput sintetik. Akar rumput asli akan memegang struktur rumput sintetik yang ditanam pada kedalaman 20cm dari paras tanah apabila rumput asli telah tumbuh dengan matang.

Selain daripada dapat mengelakkan rumput asli tercabut dengan mudah, ia juga dapat mencengkam tanah dengan lebih kukuh serta dapat menghalang permukaan padang rosak.

Antara kelebihan menggunakan rumput hibrid adalah:

  • Mempunyai kondisi 100% seperti rumput asli.
  • Mempercepatkan proses pemulihan rumput asli yang rosak.
  • Padang 3 kali ganda tahan lasak.
  • Dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.
  • Ketahanan tinggi terhadap perubahan suhu terutama untuk negara yang ada 4 musim.

Berkaitan

  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Microsoft Bangunkan Teknologi Storan Dalam Kaca, Boleh Simpan Data Beribu Tahun
  • Lexar Menang Anugerah Kad Memori Media Penyimpanan Terbaik 2023
  • AMD Lancar Ryzen Threadripper PRO 7000 WX-Series Dan Ryzen Threadripper 7000 Series
  • LG Lancar Vakum Dengan Mesin Penghalang Pertumbuhan Bakteria

Sumber: Facebook Johor Southern Tigers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY