Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JDT Pertama Di Malaysia Guna Teknologi Sama Seperti Arsenal Dan Manchester United

JDT Pertama Di Malaysia Guna Teknologi Sama Seperti Arsenal Dan Manchester United

Diterbitkan November 27, 2023 oleh Amal Addin

JDT merupakan pasukan pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi ProPitch untuk memantau keadaan padang di Stadium Sultan Ibrahim. Tujuannya adalah untuk memastikan kualiti padang di stadium tersebut kekal terjamin.

Teknologi ProPitch ini mampu membantu penyelia padang mengetahui keadaan sebenar padang dalam pelbagai sudut termasuk kadar tarikan dan keteguhan rumput tersebut serta tahap keselamatannya.

Dengan data yang ada, ia dapat membantu penyelia padang untuk menjaga kualiti padang Stadium Sultan Ibrahim supaya ia mampu menjadi medan permainan bola sepak yang terbaik di dunia.

ProPitch bukan sahaja digunakan oleh UEFA untuk beberapa pertandingannya di Eropah, namun ia juga menjadi pilihan beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris seperti Arsenal, Manchester United, Tottenham Hotspur dan pelbagai kelab lain di Liga Perdana Inggeris.

JDT Pertama Di Malaysia Guna Teknologi Sama Seperti Arsenal Dan Manchester United

Usaha ini menjadi penanda aras bahawa JDT ingin terus menjadi peneraju bola sepak dalam arena tanah air sekali gus ia mampu menaikkan imej bola sepak negara di mata dunia.

Berkaitan

  • EA Sports Tayang Treler Rasmi Permainan Video Bola Sepak Terbaru Ganti FIFA
  • 5 Teknologi Moden Yang Digunakan Dalam Bola Sepak
  • JDT Ada Padang Hibrid Pertama Di Malaysia, Ini Kelebihan Guna Rumput Hibrid
  • Motosikal Robot Imbang Sendiri Ini Boleh Dicas Penuh Kurang Dari 30 Minit
  • Bumi Terima Mesej Dipancarkan Laser Dari Jarak 16 Juta Kilometer

Sumber: X JohorSouthernTigers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY