Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Philips Perkenalkan Teknologi Kunci Pintar Imbas Urat Tapak Tangan

Philips Perkenalkan Teknologi Kunci Pintar Imbas Urat Tapak Tangan

Diterbitkan September 4, 2024 ยท Dikemas kini September 27, 2024 oleh Rushsyafizal

Philips memperkenalkan siri kunci pintar terbaru mereka, Siri 9000, 8000, 7000, 6000, dan 3000, dengan teknologi pintar pengecaman urat tapak tangan Easykey.

Teknologi ini menggunakan pengesanan urat tapak tangan menangkap dan menganalisis corak unik urat dalam tapak tangan individu,

Untuk keselamatan tambahan, pengguna boleh menggabungkan pengenalan ini dengan imbasan wajah 3D atau cap jari.

Teknologi PIN palsu turut disertakan, membolehkan pengguna memasukkan nombor rawak sementara hanya kata laluan yang betul akan memberikan akses.

Kunci ini juga boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih Philips Easykey dan diintegrasikan dengan pembantu suara seperti Amazon Alexa dan Google Assistant.

Philips turut menambah Siri Kunci Pintar 6000 ke dalam barisan produk mereka yang dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi, membolehkan akses jauh dan keupayaan membuka kunci.

Philips Perkenalkan Teknologi Kunci Pintar Imbas Urat Tapak Tangan
Kunci pintar ini dilengkapi kamera, sistem penggera, dan kunci automatik jika pintu tidak ditutup dengan betul.
Philips Perkenalkan Teknologi Kunci Pintar Imbas Urat Tapak Tangan
Philips Perkenalkan Teknologi Kunci Pintar Imbas Urat Tapak Tangan
Antara kelebihan teknologi pengenalan tapak tangan ini, ia menjaga privasi kerana corak urat tangan tidak kelihatan dengan mata kasar.
Philips Perkenalkan Teknologi Kunci Pintar Imbas Urat Tapak Tangan

Dijangka akan berada di pasaran pada suku keempat tahun ini juga, maklumat harga barisan produk terbaru Philips ini hanya akan diumumkan semasa dekat dengan tarikh pelancarannya nanti pada 8 Disember 2024.

Berkaitan

  • HMD Mungkin Nak Hidupkan Kembali Lumia 1020
  • Aplikasi GO Bank Islam Sedang Alami Gangguan Perkhidmatan
  • Indonesia Pertimbang Sekat Telegram, Bigo Live
  • Galakan Teksi Robot Di China Cetus Kebimbangan Kehilangan Kerja Di Kalangan Pemandu
  • PICO 4 Ultra Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799

Sumber : Siaran Media PHILIPS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY