PewDiePie Mahu Peminatnya Hentikan Meme "Subscribe to PewDiePie"

Felix Kjellberg atau lebih popular dikenali sebagai PewDiePie merupakan individu popular di YouTube. Beliau kini yang kini sudah mempunyai lebih dari 95 juta pengikut diplatform tersebut telah meminta meme "Subscribe to PewDiePie" dihentikan. Ia pada mulanya merupakan gerakan untuk mengajak lebih ramai pengguna mengikuti PewDiePie bagi bersaing dengan sebuah lagi saluran, T-Series.

Menerusi satu video yang dimuat naik beberapa hari lalu, PewDiePie menyatakan secara serius meme tersebut harus dihentikan. Ini disebabkan meme "Subscribe to PewDiePie" kerap kali mengaitkan beliau dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

Antara yang memberi kesan buruk kepadanya adalah kejadian tembakan di dua buah masjid di New Zealand yang meragut puluhan nyawa pada bulan lalu.

Ketika video serangan itu distrim secara langsung pada Facebook, penembak terbabit didengari mengungkap ayat "Subscribe to PewDiePie".

Adakah peminat setia PewDiePie akan menuruti permintaan beliau atau akan ada lebih banyak lagi meme "Subscribe to PewDiePie" di internet. Video PewFi