Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peti Undi Dengan Bendera Jalur Gemilang Hiasi Laman Utama Google Malaysia

Peti Undi Dengan Bendera Jalur Gemilang Hiasi Laman Utama Google Malaysia

Diterbitkan November 19, 2022 · Dikemas kini November 19, 2022 oleh Amalina Athman

Ikon peti undi pilihan raya dengan bendera Malaysia kini menghiasi laman utama Google Malaysia, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada hari ini.

Berikutan itu, pengguna yang mengunjungi laman utama google.com akan melihat paparan peti undi dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang yang ditempatkan di tengah perkataan Google.

Seterusnya, perincian mengenai PRU15 akan dipaparkan sebaik pengguna klik pada mana-mana perkataan Google itu.

Berkaitan

  • PRU15: Cara Semak Pusat Dan Saluran Mengundi
  • PRU15: Selain IC, Ini Dokumen Pengenalan Diri Lain Yang Boleh Digunakan Sewaktu Mengundi

Sebagai rekod, Malaysia mempunyai 222 kawasan parlimen. Bagaimanapun, hanya 221 kerusi di Dewan Rakyat yang dipertandingkan pada hari ini. Sementara itu, pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember berikutan kematian salah seorang penyandang di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, dijangka lebih 20 juta pengundi berdaftar akan mengundi pada PRU 15 hari ini bagi memilih wakil rakyat di kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pusat mengundi di Semenanjung Malaysia dibuka mulai 8 pagi sehingga 6 petang. Sementara di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 7.30 pagi dan berakhir sekitar 5.30 petang.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY