Pesta Buku Digital Malaysia Akan Ganti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan acara tahunan bagi rakyat Malaysia. Ramai penulis-penulis buku hasilkan beberapa produk mereka kepada pembaca. Malangnya pada tahun ini, PBAKL yang telah dijadualkan pada 27 Mac sehingga 5 April ini terpaksa ditangguhkan akibat penularan Covid-19.

Akan tetapi, stor buku digital e-Sentral menyahut keperluan dengan mengadakan Pesta Buku Digital Malaysia 2020. Dengan usaha ini, penerbit buku berpeluang untuk menjual dan juga pembaca mendapatkan eBook kegemaran mereka secara dalam talian.

PBDM 2020

Pesta Buku Digital ini bakal berlangsung pada 27 Mac sehingga 5 April 2020 yang beroperasi selama 24 jam setiap hari. Pengguna juga boleh mendapatkan harga diskaun dari 10% - 70% bagi buku-buku elektronik popular dan pendidikan.

Pesta Buku Digital Malaysia ini dijangka akan mendapat sambutan tinggi kerana khalayak ramai yang lebih selesa membuat aktiviti dalam talian tanpa keluar ke mana-mana.

Untuk mendapatkannya, pengguna perlu layari laman rasmi e-Sentral atau muat turun aplikasi e-Sentral di App Store.