Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ebook

e-Sentral – Pembacaan E-Buku Meningkat Ketika PKP, Lebih 80% Adalah Golongan Wanita

Diterbitkan Mac 31, 2020 ยท Dikemas kini April 1, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Sejak bermulanya PKP dua minggu yang lalu, sebahagian daripada kita mempunyai masa lapang untuk melakukan aktiviti lain. Kebanyakkannya melalui perkhidmatan dalam talian dan salah satu daripadanya adalah pembacaan buku digital.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Xentral Methods Sdn Bhd, trafik harian internet pelayan awan telah meningkat 3 kali ganda sejak 18 Mac yang lalu. Selain itu, jualan di platform kendalian mereka, e-Sentral, turut meningkat empat kali ganda secara purata bermula 18 sehingga 29 Mac.

ebook

Mengikut statistik yang dilampirkan bersama, beberapa hari sepanjang tempoh PKP pembaca telah menyelak lebih dari 870 ribu muka surat menggunakan e-buku ini. Secara purata, pembaca meluangkan sebanyak 2,700 jam berbanding dengan hari yang biasa sebelum PKP iaitu 500 sehingga 700 jam sehari.

ebook

e-Sentral turut berkongsikan demografi pengguna yang menunjukkan peratusan wanita jauh lebih tinggi berbanding lelaki dalam kegiatan membaca e-book. Golongan yang berumur 18-24 merupakan golongan yang paling ramai menggunakan platform ini. Seterusnya, ia diikuti oleh golongan yang berumur 35-44 dan 25-34.

Kategori yang paling laris yang telah dibaca oleh pengguna merupakan kategori romantik dan novel am. Manakala, kategori yang banyak dimuat turun oleh pembaca adalah kategori jenayah, novel remaja, keagamaan dan kekeluargaan serta kesihatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY