Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
e-petani

e-Petani – Platform Digital Untuk Bantu Petani Dan Pekebun Jual Hasil Tanaman

Diterbitkan April 4, 2020 · Dikemas kini April 7, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Beberapa sektor industri terkesan akibat Covid-19 yang melanda di Malaysia baru-baru ini. Antaranya adalah petani dan pekebun yang turut menjalankan perniagaan di pasar.

Oleh sebab itu, dua pemuda telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu platform digital bagi membantu petani dan pekebun tersebut. Platform digital tersebut dinamakan dengan e-Petani dan telah dilancarkan di Facebook Live pada 30 Mac lepas.

e-petani

e-Petani berfungsi sebagai platform untuk memasarkan dan menjual hasil tanaman oleh petani dan pekebun secara dalam talian. Cara ini dapat memudahkan orang ramai untuk membeli menerusi dalam talian tanpa perlu keluar dari rumah.

Selain itu, hasil jualan menerusi e-Petani ini dikatakan akan disumbangkan kepada golongan petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis dan sebagainya.

Pengguna yang berminat untuk membeli sayuran serta buah-buahan, boleh lalukan pembelian menerusi Facebook dan laman rasmi e-Petani.

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY