Huawei Mate Xs Ditawarkan Di Malaysia - Harga RM 11,111 Dijual Bermula 20 Mac 2020

Huawei hari ini mengumumkan Huawei Mate Xs peranti flagship yang boleh dilipat ditawarkan di Malaysia pada harga RM 11,111. Telefon pintar ini boleh didapati di kedai dalam talian atau luar talian seluruh negara dan tersedia bermula 20 Mac ini.

Huawei Mate Xs dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 990 5G dan didatangkan dengan engsel dan kualiti binaan yang lebih baik. Saiz penuh bukaan skrin bagi peranti ini adalah 8 inci OLED dengan resolusi 2940 x 2200 pixel. Peranti ini menawarkan satu konfigurasi memori iaitu 8GB RAM dan storan dalaman 512GB yang turut menyokong kad microSD.

huawei mate xs

Bagi meraikan Huawei Mate Xs tiba di Malaysia, beberapa jenama terkenal telah bekerjasama dengan Huawei untuk menawarkan ganjaran sehingga RM 150,000 kepada pelanggan yang membeli peranti ini bermula 20 Mac sehingga 19 Mei 2020.

Tambahan lagi, dengan setiap pembelian Huawei Mate Xs pelanggan bakal menerima sepasang Huawei Freebuds 3 yang bernilai RM 679 dan Envelope Leather Case untuk Mate Xs yang bernilai RM 299.

Anda juga boleh menonton video di bawah bagi menyaksikan pengalaman beberapa selebriti Malaysia menggunakan Huawei Mate Xs.

https://www.youtube.com/watch?v=fiyjStg9p8g&feature=youtu.be