Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia ride ladiesonly

Hanya Untuk Wanita, airasia Ride Perkenal Ciri ‘LadiesONLY’

Diterbitkan Mac 17, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Apabila pandemik melanda, industri penerbangan seluruh dunia terkesan teruk akibat daripada perintah kurungan. Dalam waktu itu, Tan Sri Tony Fernandes telah merasmikan perkhidmatan e-hailing mereka sendiri iaitu airasia Ride.

Ia ditawarkan melalui aplikasi airasia Super App. Dalam aplikasi ini, perkhidmatan penghantaran makanan turut disediakan, dilihat cuba memecah dominasi Foodpanda dan GrabFood.

Terkini, airasia Ride menawarkan sebuah ciri baharu iaitu LadiesONLY Driver. Seperti namanya, ia hanya tersedia untuk pelanggan wanita di mana kesemua pemandu dalam LadiesONLY ini juga berjantina sama. Ciri ini hanyalah permulaan untuk ciri Community Drivers yang akan diperluas dengan tawaran lain kelak.

Dalam pada itu, airasia Ride akan menaja pemandu wanita kali pertama yang ingin menyertainya tanpa pengalaman e-hailing atau tanpa lesen e-hailing dengan faedah sehingga RM400 seperti pengecualian yuran kursus dan ujian lesen PSV serta pemeriksaan kesihatan. Selain itu, jika memenuhi syarat, pemandu sedia ada dan baharu akan turut menerima ‘dashcam’.

Bagi kaum wanita yang berminat, anda boleh mendaftarnya di laman web airasia.

Sumber: airasia

Baca juga:

  • Perjalanan Lebih Pantas, ‘Teksi Udara’ AirAsia Ride Dilancar
  • AirAsia Kenakan Surcaj Bahan Api Bermula 8 Mac Ini
  • Hanya Di Hujung Jari, BigPay Tawar Kemudahan Pinjaman Peribadi Secara Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY